Bayaran
Membolehkan bayaran kepada Penerima / Benefisiari.
Memindahkan gaji, upah, tuntutan bayaran lebih masa, bonus, komisen dan elaun-elaun lain.
Ketepatan Masa
Bayaran pukal / Senarai gaji pukal menyediakan cara yang cekap untuk membuat bayaran dalam talian. Proses perniagaan dilaksanakan tepat pada masanya.
Bayaran Pukal
Sistem ini tidak mengehadkan bilangan urus niaga.
Mudah
Memuat naik fail data amat mudah dan fleksibel.
Kerahsiaan
Keselamatan fail data dilindungi dengan pelayan yang canggih dan penyulitan tahap tinggi.
Terbukti
Sistem operasi bayaran yang lancar dan cekap terbukti sebagai faktor yang penting untuk pertumbuhan perniagaan. Mempunyai sistem bayaran yang selamat dan cekap adalah penting untuk mengekalkan kestabilan kewangan.
Manfaatkan kaedah Bayaran Pukal / Senarai Gaji Pukal boleh menjimatkan kos perniagaan
Terdapat pilihan yang meluas dalam kaedah bayaran di negara ini, kaedah yang biasa digunakan ialah bayaran melalui tunai dan cek.
Mengendalikan tunai dan cek memerlukan kos seperti kos pengangkutan, keselamatan, insurans, risiko penipuan, rompakan serta kos kakitangan dan tadbir urus.
Bayaran Pukal / Senarai Gaji Pukal dalam talian kami lebih cekap dari segi kos kerana perkhidmatan ini boleh diakses dengan fi yang minimum dan boleh digunakan untuk pindahan dana kepada akaun PBB dan bank-bank lain di Malaysia.
Tetingkap pemprosesan untuk Bayaran Pukal / Senarai Gaji Pukal adalah seperti yang berikut:
| Hari Pemprosesan | Tingkap Pemprosesan (Takat Masa) |
Anggaran Masa Dana Diterima oleh Benefisiari melalui Intrabank | Anggaran Masa Dana Diterima oleh Benefisiari melalui IBG | Anggaran Masa Dana Diterima oleh Benefisiari melalui RENTAS | Takat Masa Arahan Hentikan Bayaran |
| Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat) |
Tetingkap 1 (5:00 pagi) | Selewat-lewatnya 6:00 pagi pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 11:00 pagi pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 11:30 pagi pada hari yang sama | Mesti diluluskan selewat-lewatnya 30 minit sebelum takat masa pemprosesan |
| Tetingkap 2 (8:00 pagi) | Selewat-lewatnya 9:00 pagi pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 2:00 petang pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 11:30 pagi pada hari yang sama | ||
| Tetingkap 3 (11:00 pagi) | Selewat-lewatnya 12:00 tengah hari pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 5:00 petang pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 1:30 tengah hari pada hari yang sama | ||
| Tetingkap 4 (2:00 petang) | Selewat-lewatnya 3:00 petang pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 8:20 malam pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 4:30 petang pada hari yang sama | ||
| Tetingkap 5 (5:00 petang) | Selewat-lewatnya 6:00 petang pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 11:00 malam pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 11:30 pagi pada hari perniagaan berikutnya | ||
|
Bukan Hari Perniagaan |
Tetingkap 1 | Selewat-lewatnya 6:00 pagi pada hari yang sama | Selewat-lewatnya 11:00 pagi pada hari perniagaan berikutnya | Selewat-lewatnya 11:30 pagi pada hari perniagaan berikutnya | |
| Tetingkap 2 | Selewat-lewatnya 9:00 pagi pada hari yang sama | ||||
| Tetingkap 3 | Selewat-lewatnya 12:00 tengah hari pada hari yang sama | ||||
| Tetingkap 4 | Selewat-lewatnya 3:00 petang pada hari yang sama | ||||
| Tetingkap 5 | Selewat-lewatnya 6:00 petang pada hari yang sama |
| Nota: |
|