loader

DuitNow

DuitNow Online Banking/Wallets

DuitNow Online Banking/Wallets ialah gerbang pembayaran dalam talian masa nyata yang memudahkan pindahan dana antara bank/ intrabank untuk urus niaga e-perdagangan. Perkhidmatan ini membolehkan pembayar untuk memulakan bayaran dalam talian melalui portal laman atau aplikasi mudah alih Saudagar. DuitNow Online Banking/Wallets membenarkan Saudagar dan Perniagaan untuk menghantar permintaan untuk pemulangan balik oleh pembayar bagi pengkreditan terus pembayaran dalam akaun asal Pembayar atas dasar masa nyata.

DuitNow Online Banking/Wallets menawarkan kepada anda:

Pembayaran Masa Nyata

Pelaksanaan proses bayaran akhir dibuat melalui gerbang pembayaran dalam masa beberapa saat. Pembayaran dipindahkan dan diterima pada masa nyata untuk menyediakan perniagaan kawalan tunai yang lebih baik. Selain itu, makluman akan dihantar sebaik sahaja urus niaga dibuat.

Pilihan Pembayaran yang Fleksibel

Perkhidmatan pembayaran 24 jam disediakan. Lebih daripada 40 buah bank dan e-Dompet yang mengambil bahagian, menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran bagi perniagaan dan pelanggan.

Penyelesaian Pembayaran Dalam Talian yang Terjamin

DuitNow melaksanakan berbilang lapisan keselamatan untuk mengurangkan risiko aktiviti hasad. Selain itu, pengesahan pihak pertama dilaksanakan sebagai ciri keselamatan bagi memastikan pemintaan untuk bayaran ditujukan kepada pembayar dengan tepat.