DuitNow QR ialah standard kod QR saling kendalian yang membenarkan anda untuk membuat pembayaran atau pindahan dana P2P kepada mana-mana orang dengan
mengimbas kod QR.
Sebagai Pelanggan, pilih ‘Imbas’ pada Aplikasi MyPB atau pilih ‘DuitNow QR’ pada
PB engage untuk mengaktifkan kamera dan imbas untuk membayar. Bayaran akan ditolak terus daripada akaun bank anda.
Sebagai Perniagaan, PB QR membenarkan perniagaan anda untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda selagi pelanggan anda mempunyai akaun dengan mana-mana bank dan pengendali e-Dompet yang mengambil bahagian dalam DuitNow QR.
Kemudahan
Tidak lagi perlu mengendalikan syiling dan baki wang kecil. Hanya imbas kod QR untuk membayar. Sungguh mudah!
Tiada wang tunai? Jangan bimbang!
Bayaran akan ditolak terus daripada akaun bank. Jadi, walaupun anda tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi, anda boleh membuat pembelian melalui DuitNow QR.
Bayaran Terjamin
DuitNow QR amat selamat. Butiran peribadi dan kewangan anda sentiasa dilindungi.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara