loader

DuitNow

DuitNow Transfer

Memperkenalkan DuitNow Transfer, perkhidmatan pindahan dana baharu yang boleh didapati melalui PB enterprise. Dengan DuitNow Transfer, anda boleh memindahkan dan menerima wang secara terus kepada mana-mana DuitNow ID. Pendaftaran satu kali yang mudah diperlukan untuk mendaftar Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) sebagai DuitNow ID anda. Selepas pendaftaran selesai, anda boleh mula menerima wang melalui DuitNow Transfer.

Ciri-ciri

Boleh didapati 24/7.

Wang akan dipindahkan dengan segera.

Mudah untuk mengingati nombor pengecam (DuitNow ID).

Percuma untuk semua pelanggan Public Bank.

Nota Penting

Berkuat kuasa pada 19 Mei 2021, ‘Instant Transfer (IBFT)’ dikenali sebagai ‘DuitNow Transfer’ pada PB enterprise. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.

Jenis DuitNow ID Nama Sebelum Ini Nama Sekarang
Nombor Akaun Instant Transfer (IBFT) DuitNow Transfer

Nombor Mudah Alih

Nombor KP/Nombor Pengenalan Tentera/Polis

Nombor Pasport

Nombor Pendaftaran Perniagaan

DuitNow

Perubahan nama perkhidmatan Instant Transfer (IBFT) kepada DuitNow Transfer tidak akan menjejaskan akaun kegemaran anda yang telah disimpan atau sementara menunggu E-Arahan Tetap.

 

Pendaftaran DuitNow ID
Untuk pelanggan korporat, anda hanya boleh mendaftarkan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) anda sebagai DuitNow ID anda. Hanya satu akaun bank dibenarkan untuk didaftarkan kepada DuitNow ID anda.

Selepas didaftarkan, pembayar boleh membuat bayaran secara terus kepada anda menggunakan DuitNow ID anda yang berdaftar.


Mendaftar DuitNow ID anda
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pilih 'DuitNow'
  2. Cari 'DuitNow Transfer' dan pilih 'Register DuitNow ID'
  3. Pilih mana-mana DuitNow ID yang ada dan pilih akaun penerima
  4. Terima Terma dan Syarat dan klik 'Seterusnya' untuk meneruskan
  5. Sahkan butiran dan klik ‘Hantar’ untuk Pelulus anda meluluskan permohonan anda

 

Memindahkan Dana dengan DuitNow Transfer melalui PB enterprise
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Tekan 'DuitNow' dan tekan 'DuitNow Transfer'
  2. Tekan ‘Jenis Pindahan'
  3. Tekan 'Daripada Akaun' anda
  4. Tekan 'Jenis DuitNow ID'
  5. Isikan 'DuitNow ID / No. Akaun'
  6. Isikan amaun dan butiran lain dan tekan 'Masukkan dalam Senarai'
  7. Sekiranya anda mahu menambah urus niaga, ulang dari langkah (iii)
  8. Terima Terma dan Syarat dan tekan 'Seterusnya' untuk meneruskan
  9. Sahkan butiran dan klik ‘Hantar’ untuk Pelulus anda meluluskan permohonan anda

 

Urus DuitNow ID anda
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Kemas Kini Status DuitNow ID
Anda boleh mendayakan (On) atau menyahdayakan (Off) DuitNow ID anda buat sementara waktu daripada menerima dana.

    1. Pilih 'DuitNow'
    2. Cari 'DuitNow Transfer' dan pilih 'Manage DuitNow'
    3. Klik ikon sunting pada DuitNow ID yang anda ingin kemas kini
    4. Pilih 'Status' anda pada senarai pilihan kepada 'Buka' (On) atau 'Tutup' (Off) dan klik 'Seterusnya' untuk meneruskan
    5. Sahkan butiran dan klik ‘Hantar’ untuk Pelulus anda meluluskan permohonan anda

Tukar Akaun Bank Penerima / Tukar Bank
Tukar akaun bank penerima anda yang dirangkaikan kepada DuitNow ID anda. Anda juga boleh menukar akaun bank penerima DuitNow ID anda yang didaftarkan di bank lain, kepada Public Bank.

    1. Pilih 'DuitNow'
    2. Cari 'DuitNow Transfer' dan pilih 'Manage DuitNow'
    3. Klik ikon sunting pada DuitNow ID yang anda ingin kemas kini
    4. Pilih ‘Akaun’ pada senarai pilihan dan klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan
    5. Sahkan butiran dan klik ‘Hantar’ untuk Pelulus anda meluluskan permohonan anda

Batalkan Pendaftaran DuitNow ID
Anda boleh membatalkan pendaftaran DuitNow ID untuk berhenti menerima dana melalui perkhidmatan DuitNow Transfer. Anda perlu mendaftar sekali lagi sekiranya anda ingin menerima dana melalui perkhidmatan DuitNow Transfer.

    1. Pilih 'DuitNow'
    2. Cari 'DuitNow Transfer' dan pilih 'Manage DuitNow'
    3. Klik ikon padam pada DuitNow ID yang anda ingin padam
    4. Anda akan melihat paparan mesej, klik 'Ya' untuk memadamkannya
    5. Sahkan butiran dan klik ‘Hantar’ untuk Pelulus anda meluluskan permohonan anda