loader

Kutipan

JomPAY

JomPAY ialah Skim Pembayaran Bil Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), di bawah naungan Bank Negara Malaysia dengan penyertaan bank-bank dan pengebil besar.

Sebagai seorang Pengguna, JomPAY membenarkan anda untuk membayar bil menggunakan akaun Semasa, Simpanan atau Kad Kredit anda dengan mudah tanpa kos tersembunyi dan dengan selamat melalui platform Perbankan Internet seperti PB enterprise.

Sebagai Perniagaan atau Pengebil, JomPAY membenarkan anda untuk mengutip bayaran dengan cepat dan cekap daripada pelanggan anda dengan memasukkan mereka dalam Kod Pengebil anda.

JomPAY menawarkan kepada anda:

Penyesuaian yang Dipermudahkan

Mengesan bil melalui usaha minimum dengan fail pembayaran harian yang direka untuk pengimportan mudah dalam sistem perakaunan anda.

Aliran Tunai Dipercepatkan

Menerima dana yang telah diluluskan dalam akaun anda pada Hari Perniagaan Perbankan berikutnya – dan tidak lagi perlu menggunakan caj semula dan cek lambung.

Pengurusan Overhed Anda

Mengurangkan masa, penyediaan wang dan mengejar pembayaran.

Dapatkan Sokongan Pemasaran

Bangunkan jenama anda dan promosikan manfaat pembayaran elektrik yang cepat, dengan sokongan pasukan pemasaran JomPAY.