Satu QR Standard untuk Semua
Kod QR yang boleh bertukar-tukar maklumat yang memperkasakan perniagaan anda untuk menerima apa-apa bayaran daripada mana-mana Bank atau e-Dompet di Malaysia.
Pantas dan Mudah
PB QR mudah digunakan dan anda boleh bergantung pada urus niaga tanpa tunainya yang cepat secara terus dalam akaun perniagaan anda.
Percuma Sepenuhnya
Kos permulaan SIFAR dan fi urus niaga SIFAR untuk e-Dompet serta Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (Fi minimum sebanyak 0.25% dicaj untuk Kad Kredit / Kad Debit).
Terjamin dan Mudah
Urus niaga tanpa tunai boleh mengelakkan penipuan dalaman dan melindungi perniagaan anda daripada wang kertas palsu, selain dapat mengelakkan kerumitan mengendalikan tunai. Semua urus niaga akan direkod dan boleh disemak mengikut kemahuan anda.
Bimbang tentang Penyesuaian? Jangan bimbang.
Dengan PB QR, laporan penyelesaian harian dihantar secara automatik kepada alamat e-mel berdaftar anda dan boleh dimuat turun melalui Portal Saudagar PB QR kami.
Menerima Bayaran Rentas Sempadan
Peroleh lebih ramai pelanggan hingga di luar Malaysia. PB QR kini membolehkan anda untuk menerima bayaran QR rentas sempadan dari negara lain, bermula dengan Thailand. Lebih banyak negara akan disertakan tidak lama lagi!
Jadi Saudagar PB QR hari ini agar pelanggan anda boleh memanfaatkan kemudahan bayaran QR.