loader

Kutipan

Akaun Maya

Perkhidmatan Akaun Maya PB enterprise ialah penyesaian Pengurusan Tunai bersepadu yang direka untuk memudahkan kutipan dan boleh terima untuk perniagaan anda. Perkhidmatan ini akan membolehkan anda untuk menguruskan dan menyusun kesemua kiriman masuk pelanggan anda tanpa mengira jenis pembayaran.

Akaun Maya menawarkan kepada anda:

Bermula dengan Cepat

Mudah untuk memohon dan tidak memerlukan pembukaan satu lagi akaun baharu.

Meningkatkan Kecekapan Perniagaan

Tambah baik waktu penyelesaian perniagaan untuk penyesuaian akaun, aliran tunai dan modal kerja.

Penyusunan Boleh Terima Akaun Anda

Proses lebih mudah dan lebih mudah diurus bagi penyesuaian dan pengesanan pembayaran daripada pelanggan.

Penjimatan Masa

Mengurangkan proses pentadbiran dan manual yang melibatkan cek dan pungutan tunai.

Bagaimana Akaun Maya ini Berfungsi?

 

Dengan Akaun Maya PB enterprise, anda akan diberi pelbagai nombor akaun maya untuk diagihkan kepada pelanggan anda. Setiap pelanggan akan mempunyai nombor akaun maya yang unik yang diberi oleh anda.

Pelanggan akan menggunakan Akaun Maya ini untuk membuat pembayaran kepada anda melalui saluran pembayaran fizikal atau elektronik. Selepas menerima pembayaran ini, Bank akan mengkreditkan kesemua pembayaran dalam Akaun Semasa Public Bank anda yang terpilih.

Nombor akaun maya pelanggan anda akan ditunjukkan dalam penyata bank anda, membolehkan anda untuk mengenal pasti dan menyusun boleh terima anda dengan mudah untuk penyesuaian.