Model Perniagaan kepada Perniagaan (B2B) FPX
Model ini memudahkan pembayaran untuk pelanggan korporat. Membuat pembayaran dalam talian bagi pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh saudagar/penjual kepada sektor swasta dan kerajaan.
Waktu Operasi FPX
Perkhidmatan FPX melalui PB enterprise adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Had Harian untuk Model FPX B2B
Tiada had harian untuk model FPX B2B. Bagaimanapun, terdapat had urus niaga tunggal sehingga RM5,000,000.00.
Caj Fi Perkhidmatan untuk FPX melalui PB enterprise
Caj fi perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan FPX berbeza-beza menurut jenis perkhidmatan dan saudagar yang terpilih.
Pengesahan dan makluman yang cepat mengenai status pembayaran.
Saluran pembayaran mudah yang boleh didapati selama 24 jam dan 7 hari seminggu.
Opsyen pembayaran terjamin dan boleh dipercayai untuk pembelian dalam talian bagi produk dan perkhidmatan.
Penjimatan kos dan memudahkan.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara