loader

PB enterprise

Platform Perbankan Dalam Talian Korporat untuk Perniagaan dan Korporat

Manfaatnya Kepada Anda

Pengalaman Sebagai Pengguna yang Lebih Baik

Menawarkan kepada anda papan pemula yang dipertingkatkan dengan gambaran keseluruhan kesemua aktiviti yang menunggu pelaksanaan dan peringatan pantas sekilas pandang.

Pengurusan Akaun Secara Lebih Bijak

Membenarkan anda untuk memantau kesemua akaun anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua dari jauh.

Kelaziman yang Lebih Baik

Menyokong keperluan perniagaan anda yang kompleks dengan templat pindahan dana dan membenarkan perkongsian akaun pilihan yang disimpan dalam kumpulan pengguna yang sama.

Kecekapan yang Dipertingkatkan

Menampilkan fungsi pemberian kelulusan secara pukal yang menjadikan proses kelulusan lebih mudah dengan membenarkan pemberi kebenaran untuk membenarkan urus niaga berbilang dalam satu percubaan.

Berkeselamatan Tinggi

Dibekalkan dengan penentusahan berbilang faktor yang dipertingkatkan seperti token keselamatan digital SecureSign dan keselamatan tambahan dengan mekanisme tindak balas pengesahan.

Had Pindahan Dana yang Fleksibel

Membenarkan anda untuk mengekalkan had pindahan dana syarikat anda di hujung jari anda.

PB SecureSign ialah cara mudah dan selamat untuk menentusahkan urus niaga dengan menggunakan pengenalan biometrik atau SecurePin 6 digit. Ciri ini akan mengikat peranti anda dengan ID Pengguna PB enterprise anda untuk keselamatan yang dipertingkatkan. Hanya satu peranti berdaftar anda boleh diaktifkan dengan PB SecureSign.

Tempoh bertenang urus niaga ialah langkah berjaga-jaga yang membolehkan kami menyemak dan mengakses urus niaga tertentu yang menunjukkan ciri-ciri luar daripada kebiasaan. Langkah tambahan ini direka untuk mengurangkan risiko urus niaga yang tidak dibenarkan dan potensi berlakunya aktiviti penipuan, bagi memastikan keselamatan dana anda.

Kill Switch ialah ciri keselamatan yang membolehkan anda menggantung kesemua urus niaga kewangan yang berkaitan dengan akaun bank dan kad komersial anda dengan serta-merta sekiranya anda mengesyaki berlakunya penipuan atau scam.

Apa Yang Kami Tawarkan

Anda mempunyai akses masa nyata untuk memantau dan mengawal aliran keluar tunai bagi kesemua Akaun Semasa, Akaun Deposit Tetap, Kad dan Akaun Pinjaman/Pembiayaan anda.

Anda diberi akses Pentadbiran dengan kawalan sepenuhnya ke atas penyenggaraan bagi penyenggaraan pengguna syarikat anda tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan kami, seperti mewujudkan atau menyunting akses bagi peranan Viewer (Pelihat) and Maker (Pembuat) menyenggara profil pengguna dan pemantauan aktiviti pengguna.

Nota: Fungsi ini hanya boleh disediakan untuk pelanggan Pakej Premium dan Basic.

Kami faham pentingnya PihakBerkuasa yang Menandatangani. Justeru, kami telah memperkenalkan peranan yang berikut untuk dua kawalan dalam mengesahkan dan menentusahkan urus niaga bagi memastikan proses urus niaga yang selamat.
a. Pelihat
Pelihat membuat pertanyaan tentang akaun dan urus niaga bukan wang pada akaun yang diberikan iaitu melihat ringkasan akaun, lihat dan muat turun e-penyata / e-Invois, dan bertanya tentang status cek.
b. Pembuat
Pembuat melaksanakan urus niaga kewangan dan bukan kewangan untuk akaun dan perkhidmatan yang diberi (seperti yang dimandatkan oleh syarikat).
c. Penentusah (Opsyenal)
Penentusah menilai semula dan mengesahkan urus niaga kewangan dan bukan kewangan tanpa Token SecureSign, sebelum mengemukakan kepada Pemberi Kebenaran untuk kelulusan.
d. Pemberi Kebenaran
Pemberi kebenaran meluluskan kesemua urus niaga kewangan dan bukan kewangan dengan Token SecureSign.
e. Pengeluar (Opsyenal)
Pengeluar meluluskan urus niaga kewangan dan bukan kewangan tanpa Token SecureSign, melepaskan urus niaga yang diluluskan oleh Pemberi Kebenaran.
a. Pindahan Dana
Pindahan dana yang mudah dan cepat dalam Public Bank dan/atau dari Public Bank kepada institusi kewangan yang lain atau pengeluar e-wang melalui kaedah pindahan yang berikut:
  • Pindahan DuitNow (melalui Akaun / Proksi)
  • GIRO Antara Bank (IBG)
  • Pindahan Dana dan Sekuriti Elektronik Secara Nyata (RENTAS)
  • Pindahan Bertelegraf Asing (FTT)
b. Bayaran
Anda boleh menguruskan bil dalam talian, bayaran kepada pengebil melalui JomPAY dan bayaran kepada Public Bank untuk pinjaman / pembiayaan dan kad.
c. Bayaran Pukal/ Senarai Gaji Pukal
Anda boleh menikmati kecekapan kos dan kemudahan untuk memproses bayaran anda kepada pembekal atau bayaran gaji kepada kakitangan secara pukal.
d. Bayaran Berkanun
Cara mudah dan menyenangkan untuk menyatukan dan mencarum bayaran berkanun syarikat anda kepada badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).
e. Laporan
Anda boleh memuat turun kesemua urus niaga anda yang dibuat dalam fail format PDF, TXT atau CSV dan memperolehnya semula setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan bagi tujuan penyelesaian dan penyesuaian akaun.

Segala yang anda Perlukan Untuk Memastikan Kelancaran Kewangan Perniagaan Anda

Dapatkan platform teguh yang memberi anda akses kepada perkhidmatan kewangan dengan mudah dan menyenangkan.

Mohon Sekarang