loader

Apakah Kill Switch?

Kill Switch ialah ciri keselamatan yang membolehkan anda menggantung kesemua urus niaga kewangan yang berkaitan dengan akaun bank dan kad komersial anda dengan serta-merta sekiranya anda mengesyaki berlakunya penipuan atau scam.

 

 

Bagaimanakah untuk mengaktifkan Kill Switch?

Layari laman web atau aplikasi mudah alih PB enterprise dan cari opsyen Kill Switch.

 

Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh mengaktifkan Kill Switch untuk menghentikan kesemua urus niaga keluar dengan serta-merta.

 

Anda juga boleh menghubungi pasukan Pengurusan Kes kami melalui +603-2177 3555 untuk bantuan.

Apakah yang akan berlaku apabila Kill Switch diaktifkan?

Fungsi yang berikut akan dinyahdayakan:

  • Pengeluaran tunai di kaunter atau ATM
  • Akses perbankan dalam talian PB enterprise
  • Kesemua urus niaga pindahan keluar, termasuk bayaran bil dan pindahan kepada akaun lain
  • Cek yang belum dijelaskan
  • e-Arahan Tetap untuk bayaran berulang tidak akan berjaya dan akan dikembalikan sebagai gagal
  • Urus niaga kad, termasuk pembelian dan bayaran dalam talian
  • Kesemua urus niaga yang menunggu kelulusan akan menjadi ralat semasa diluluskan oleh pemberi kebenaran lain

Bagaimanakah untuk membatalkan Status Kill Switch?

Bank hanya akan membatalkan status Kill Switch selepas menerima arahan yang ditentusahkan dengan sewajarnya daripada anda.

 

Pasukan Pengurusan Kes akan menghubungi anda untuk penentusahan selepas Kill Switch diaktifkan.

 

Anda juga boleh menghubungi pasukan Pengurusan Kes kami melalui +603-2177 3555 untuk bantuan.

Soalan Lazim

Fungsi Kill Switch boleh didapati oleh pengguna dengan peranan Pembuat dan/atau Pemberi Kebenaran sahaja.

  1. Layari laman web atau aplikasi mudah alih PB enterprise.
  2. Pilih fungsi “Kill Switch” dan masukkan maklumat anda.
  3. Pilih Kaedah Penentusahan untuk meneruskan.
  4. Selepas penentusahan berjaya, pilih akaun untuk dinyahaktifkan.
  5. Pilih “Berikutnya” untuk meneruskan. Kesemua urus niaga keluar khusus bagi akaun tersebut akan disekat.
Fungsi yang berikut akan dinyahdayakan:
  • Pengeluaran tunai di kaunter atau ATM
  • Akses perbankan dalam talian PB enterprise
  • Kesemua urus niaga pindahan keluar, termasuk bayaran bil dan pindahan kepada akaun lain
  • Cek yang belum dijelaskan
  • e-Arahan Tetap untuk bayaran berulang tidak akan berjaya dan akan dikembalikan sebagai gagal
  • Urus niaga kad, termasuk pembelian dan bayaran dalam talian
  • Kesemua urus niaga yang menunggu kelulusan akan menjadi ralat semasa diluluskan oleh pemberi kebenaran lain

Bank hanya akan membatalkan status Kill Switch
selepas menerima arahan yang ditentusahkan dengan sewajarnya daripada pelanggan. Pelanggan juga boleh menghubungi pasukan Pengurusan Kes kami melalui +603-2177 3555 atau e-mel kepada corporate.secure@publicbank.com.my untuk membatalkan sekatan akses dan mengembalikan akaun yang disekat.