PB enterprise merupakan Perkhidmatan Pengurusan Tunai Dalam Talian Public Bank yang direka khusus untuk Perniagaan dan Korporat.
PB enterprise ditawarkan kepada Keempunyaan Tunggal, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Perkongsian, Badan Profesional, Badan Kerajaan, Kelab dan Persatuan serta Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad. Individu tidak layak memohon untuk PB enterprise.
PB enterprise merupakan platform baharu dan ditambah baik yang ditawarkan untuk Pelanggan Perniagaan dan Korporat. PB enterprise tidak dipautkan kepada Perbankan Perniagaan PBe.
Ya, sila maklumkan kepada Bank bahawa anda merupakan pemegang token sedia ada dan beri nombor siri Token SecureSign anda yang terletak di belakang token.
| Langkah 1 | Kunjungi Cawangan Pemegang Akaun dan dapatkan Borang Permohonan PB enterprise; |
| Langkah 2 | Lengkapkan borang permohonan tersebut yang ditandatangani sewajarnya oleh orang yang dibenarkan, seperti Resolusi Lembaga/ Surat Mandat yang ditandatangani oleh Pengarah syarikat dan Setiausaha Syarikat; |
| Langkah 3 | Hantar borang permohonan yang lengkap bersama-sama dengan Resolusi Lembaga/ Surat Mandat yang membenarkan penggunaan perkhidmatan PB enterprise dan dapatkan Token SecureSign; |
| Langkah 4 | Setelah profil syarikat berjaya ditetapkan oleh Bank, semua pengguna yang dibenarkan daripada syarikat tersebut akan menerima ID Pengguna dan kata laluan melalui e-mel untuk mengakses PB enterprise. |
Ya, anda boleh mengakses PB enterprise asalkan anda mempunyai akses kepada Internet dengan penyemak seimbas Internet yang disyorkan.
Sekiranya pengguna Perbankan Perniagaan PBe sedia ada ingin memohon untuk PB enterprise, sila hubungi Cawangan Pemegang Akaun anda. Data (misalnya Pilihan dan e-Arahan Tetap) yang kini ada dalam Perbankan Perniagaan PBe anda tidak boleh dipindahkan. Oleh itu, sila pastikan bahawa anda telah membatalkan semua e-Arahan Tetap dalam Perbankan Perniagaan PBe anda terlebih dahulu.
Ya, anda masih boleh mengakses PB enterprise dan Perbankan Perniagaan PBe sehingga anda memberitahu kepada Cawangan Pemegang Akaun untuk menamatkan akses anda kepada Perbankan Perniagaan PBe. Sila ambil maklum bahawa data tidak dikongsi antara kedua-dua platform.
Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini.
Ya. Asalkan anda mempunyai peranti yang mempunyai penyemak seimbas Internet dan mempunyai akses kepada Internet, anda boleh log masuk dalam PB enterprise.
Keselamatan perbankan internet anda merupakan keutamaan kami. Kami komited terhadap tahap keselamatan dan kerahsiaan dalam talian yang tinggi dan kami mematuhi kesemua keperluan keselamatan siber yang dipertanggungjawabkan oleh Bank Negara Malaysia, bagi memastikan anda boleh menggunakan PB enterprise dengan penuh yakin.
Kami mengesyorkan agar anda mengemas kini sistem pengoperasian anda dengan kerap untuk tampalan, pemulihan dan peningkatan baharu.
Selain itu, pastikan komputer anda dilindungi dengan:
Cara terbaik adalah dengan memadam memori cache penyemak seimbas Internet anda selepas setiap sesi log masuk.
Biasanya, kami mengesyorkan agar pelanggan membenarkan kuki daripada pihak pertama. Kuki pihak pertama merupakan fail yang dicipta oleh laman yang anda layari (dalam kes ini, pbenterprise.com) yang akan menyimpan data semak imbas anda.
Pengguna amat tidak digalakkan untuk menggunakan komputer peribadi yang dikongsi/ untuk kegunaan awam atau sambungan Wi-Fi awam bagi mengakses PB enterprise kerana platform ini tidak selamat dan mungkin terdedah kepada cubaan godaman.
Untuk Google Chrome:
Untuk Safari:
Untuk Mozilla Firefox:
Untuk Opera:
Untuk Microsoft Edge:
Ciri Soalan Pengesahan menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk menentusahkan identiti pengguna anda sekiranya Bank mengesan apa-apa aktiviti luar daripada kebiasaan atau meragukan melalui PB enterprise.
Tidak, ciri keselamatan ini diterima pakai kepada semua pengguna PB enterprise baharu dan sedia ada.
Tidak, jawapan untuk setiap soalan mestilah unik.
Anda boleh menetapkan set Soalan Pengesahan baharu di bawah Penyenggaraan Profil pada bila-bila masa.
Apabila log masuk dalam PB enterprise, anda akan melihat paparan segera untuk menetapkan Soalan Pengesahan dengan memilih 3 soalan dan menyediakan jawapan masing-masing. Untuk menyempurnakan tetapan tersebut, anda dikehendaki membuat penentusahan dengan Nombor KP / Pasport dan mengesahkannya dengan SMS PAC, PB SecureSign melalui aplikasi PB enterprise / Token SecureSign, mana-mana yang berkenaan bagi peranan pengguna.
Ingat, maklumat ini akan digunakan untuk menentusahkan akaun anda. Pilih soalan yang boleh diingati dan jawapan yang hanya anda yang tahu.
Ya, anggapnya sebagai kata laluan tambahan. Jangan sesekali berkongsi maklumat ini dengan sesiapa.
Sila hubungi talian hotline Pengurusan Kes melalui 03-2177 3555 untuk bantuan.
Selepas profil syarikat berjaya ditetapkan oleh Bank, setiap pengguna akan menerima ID Syarikat, ID Pengguna dan kata laluan sementara melalui e-mel untuk log masuk kali pertama melalui www.pbenterprise.com. Anda akan melihat paparan segera untuk mencipta kata laluan baharu dan Frasa Log Masuk Peribadi, diikuti oleh PAC untuk menetusahkan log masuk kali pertama anda.
Kata laluan sementara diberi bersama-sama dalam lampiran PDF berkunci dalam e-mel Log Masuk Kali Pertama. Untuk mendapatkan kata laluan sementara tersebut, ikuti arahan yang dinyatakan dalam e-mel yang dihantar kepada anda.
Anda hanya dibenarkan membuat 3 percubaan log masuk dan sekiranya tidak berjaya, akses anda akan dinyahaktifkan. Sila guna fungsi “Terlupa Kata Laluan” untuk mengaktifkan semua log masuk anda.
Anda boleh ambil langkah-langkah yang berikut bagi memastikan kata laluan anda sentiasa selamat:
Semak ID Pengguna anda dengan Pentadbir Korporat anda atau cuba cari e-mel Log Masuk Kali Pertama anda. Jika Pentadbir Korporat anda tiada maklumat ini atau anda tidak berjaya mencari e-mel Log Masuk Kali Pertama, hubungi Sokongan Pelanggan kami atau Cawangan Pemegang Akaun.
Anda boleh tukar kata laluan anda pada bila-bila masa melalui Pengurusan Profil – Tukar Kata Laluan.
Tidak. Kedua-dua ID tersebut tidak peka terhadap huruf besar/kecil.
Setiap korporat yang berdaftar akan diberi ID Syarikat. Ia akan dikongsi oleh semua pengguna korporat dalam syarikat tersebut. ID Syarikat mesti diisikan bersama-sama dengan ID Pengguna semasa log masuk.
Sila guna fungsi “Terlupa Kata Laluan” yang terletak di skrin log masuk untuk menerima e-mel Log Masuk Kali Pertama.
Sila guna fungsi “Terlupa Kata Laluan” untuk aktifkan semua log masuk anda. Jika masih tidak berjaya, sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami.
ID Pengguna anda akan diberi terlebih dahulu dan tidak boleh ditukar.
Ya. PB enterprise menganggap huruf besar dan huruf kecil sebagai aksara yang berbeza. Jika anda telah mendaftarkan kata laluan anda sebagai "passWORD", anda mesti log masuk menggunakan "passWORD"; bukan "password" atau "PASSWORD".
Kata laluan hendaklah mempunyai gabungan nombor, huruf besar dan huruf kecil serta aksara khas.
Fungsi yang berikut boleh didapati:
Pentadbir korporat boleh lakukan yang berikut:
Ya, Pengguna Korporat juga boleh menjadi Pentadbir Korporat.
Had Urus niaga Harian pada asalnya tidak mempunyai had. Pembuat Pentadbir Korporat mempunyai fleksibiliti untuk menyemak semula had urus niaga dalam profil pengguna kumpulan syarikatnya bagi setiap Jenis Urus niaga seperti yang disenaraikan di bawah:-
| Kumpulan | Jenis Urus Niaga |
| Bayaran |
|
| Pindahan Dana |
|
| Kiriman |
|
| Lain-lain |
|
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Penambahan Had Urus niaga Harian akan tertakluk pada tempoh bertenang selama 12 jam.
Pentadbir Korporat tidak mempunyai kebenaran untuk meluluskan urus niaga kewangan. Pemberi Kebenaran Pentadbir Korporat hanya boleh meluluskan hantaran oleh Pembuat Pentadbir Korporat iaitu menambah pengguna, menyahaktifkan pengguna.
Ya, Token SecureSign diperlukan untuk semua kelulusan yang dibuat oleh Pemberi Kebenaran Pentadbir Korporat.
Tempoh bertenang ialah ciri keselamatan perbankan yang direka untuk mengurangkan risiko kemungkinan berlakunya aktiviti penipuan.
Tempoh bertenang selama 12 jam akan dijalankan selepas kebenaran diberikan untuk penambahan Had Urus niaga Harian baharu yang dibuat secara penyenggaraan sendiri.
Penambahan Had Urus niaga Harian baharu akan bermula selepas tempoh bertenang.
Pelihat hanya dibenarkan untuk membuat Pertanyaan Tentang Akaun dan urus niaga bukan kewangan bagi akaun yang diberi iaitu melihat ringkasan akaun, melihat dan memuat turun e-penyata/e-Invois dan bertanya tentang status cek.
Penentusah ialah peranan opsyenal yang meluluskan urus niaga tanpa Token SecureSign yang kemudiannya mesti dihantar kepada Pemberi Kebenaran.
Penentusah boleh
Pengeluar ialah peranan opsyenal yang meluluskan urus niaga tanpa Token SecureSign. Pengeluar hanya akan menerima urus niaga setelah ia diluluskan oleh Pemberi Kebenaran.
Pengeluar boleh
Pembuat boleh mengakses fungsi melihat dan melaksanakan urus niaga kewangan dan bukan kewangan bagi akaun dan perkhidmatan yang diberi (seperti yang dimandatkan oleh syarikat).
Pembuat boleh
Pemberi kebenaran boleh melaksanakan urus niaga bukan kewangan dan meluluskan urus niaga yang dihantar oleh pembuat. Kelulusan oleh pemberi kebenaran menggunakan Token SecureSign diperlukan bagi setiap urus niaga yang dihantar oleh Pembuat.
Pemberi Kebenaran
Fungsi ini memaparkan ringkasan bagi semua akaun yang dipautkan kepada profil PB enterprise anda. Jenis akaun yang ada ialah:
Untuk Akaun Simpanan / Semasa / Pinjaman dan Pembiayaan, sila hubungi Cawangan Pemegang Akaun anda.
E-Penyata ialah versi elektronik bagi penyata Akaun Semasa/Simpanan, Kad Kredit/Debit dan Pinjaman/Pembiayaan anda. E-Penyata ini sama dengan penyata atas kertas asal anda yang boleh dilihat, disimpan dan dicetak pada bila-bila masa. E-Penyata ini akan disimpan dalam talian sehingga 13 bulan.
Pembukaan akaun untuk Deposit Tetap dan Deposit Bertempoh Islamik hanya boleh dibuat di Cawangan Pemegang Akaun anda.
Di Cawangan Pilihan, anda boleh mendapatkan perakuan deposit bagi peletakan Deposit Tetap yang dibuat.
Anda boleh memohon untuk buku cek baharu melalui PB enterprise. Pengambilan buku cek boleh dibuat di Cawangan Pemegang Akaun.
Anda boleh bertanya tentang status cek yang telah dikeluarkan melalui PB enterprise.
Melalui perkhidmatan Positive Pay PB enterprise, hanya beri maklumat yang berikut kepada kami:
Public Bank kemudian akan menyemak silang maklumat yang diberi di atas dengan cek yang anda telah keluarkan. Bayaran hanya akan dibuat jika semua maklumat adalah tepat.
Perkhidmatan ini hanya tersedia apabila perjanjian perkhidmatan dibuat terlebih dahulu dengan Public Bank Berhad. Untuk mendaftar, sila hubungi Cawangan Pemegang Akaun anda.
Sila hubungi Cawangan Pemegang Akaun anda.
Muat turun CSV menunjukkan kepada anda butiran dan urus niaga lampau akaun anda dalam format CSV (Nilai yang Diasingkan dengan Koma). Format fail ini disyorkan dilihat menggunakan perisian lembaran hamparan seperti Microsoft Excel atau OSX's Number.
Ya, PB enterprise menyediakan perkhidmatan muat turun e-Penyata dan Invois Cukai.
Hanya peletakan Deposit Tetap konvensional boleh dibuat melalui PB enterprise, peletakan Deposit Bertempoh Islamik boleh dibuat di Cawangan Pemegang Akaun anda sahaja.
Cawangan Pilihan anda akan dipaparkan apabila anda membuat peletakan Deposit Tetap baharu. Untuk menukar Cawangan Pilihan anda, tekan “Menukar Cawangan Pilihan”.
Anda boleh batalkan cek yang telah dikeluarkan, yang belum dikemukakan untuk bayaran. Caj akan dikenakan dan akan didebit daripada akaun anda.
Positive Pay ialah perkhidmatan yang direka untuk mengelakkan penipuan cek dengan memastikan keselamatan semua bayaran cek anda.
Kemudahan ini terbuka kepada semua Pemegang Akaun semasa kecuali:
Ya, sila ikut format fail Positive Pay.
Ya, selain daripada pindahan dana pada hari yang sama, anda boleh memilih opsyen “Tarikh Masa Hadapan” untuk memindahkan dana pada tarikh yang dipilih. Bagi pindahan dana berjadual yang berulang, lihat “Pindahan Dana Berulang (e-Arahan Tetap)”.
Ya, anda boleh mengubah atau membatalkan e-Arahan Tetap anda melalui “Urus e-Arahan Tetap”.
Ciri “Akaun Pilihan” membolehkan anda menyimpan akaun pilihan anda. Anda juga boleh menamakan setiap akaun ini dengan nama baharu. Setelah didaftarkan, nombor akaun dan nama baharunya akan dirakam dalam profil anda.
Tidak perlu memasukkan maklumat Akaun Pilihan sebelum setiap urus niaga. Hanya pilih akaun tersebut daripada senarai Akaun Pilihan anda.
Anda boleh menyimpan sehingga 5 templat pindahan dana dalam kumpulan anda. Templat yang disimpan tidak boleh dikongsi dengan kumpulan lain.
Misalnya, pengguna daripada Kumpulan A tidak boleh mengakses templat yang digunakan oleh Kumpulan B dan sebaliknya.
Urus niaga anda akan ditolak. Anda tidak boleh meneruskan urus niaga tersebut.
Bagi pindahan dana berulang / e-Arahan Tetap, urus niaga yang dijadualkan pada tarikh yang ditetapkan akan ditolak. Sistem tidak akan melaksanakan urus niaga tersebut walaupun jika dana yang mencukupi telah tersedia dalam akaun selepas tarikh urus niaga.
Anda boleh:
Pindahan dana kepada akaun Public Bank adalah percuma.
GIRO Antara Bank (IBG)
IBG merupakan sistem bayaran pindahan dana elektronik yang membolehkan pindahan dana sehingga RM 1,000,000.00 dibuat kepada institusi kewangan di Malaysia yang mengambil bahagian.
DuitNow Transfer (dahulunya dikenali sebagai Pindahan Segera)
DuitNow Transfer merupakan perkhidmatan pindahan dana masa sebenar yang mana dana akan dikreditkan dalam akaun benefisiari institusi kewangan yang mengambil bahagian dengan serta merta.
Sistem Pindahan Dana Elektronik Masa Sebenar dan Keselamatan (RENTAS)
RENTAS merupakan sistem bayaran pindahan dana elektronik yang membolehkan pindahan dana kepada institusi kewangan di Malaysia yang mengambil bahagian bagi urus niaga dengan nilai yang besar iaitu amaun daripada RM 10,000.00 dan ke atas.
| IBG dibuat oleh pelanggan melalui PB enterprise | *Dana Diterima oleh Penerima | ||
| Hari Perniagaan (Isnin - Jumaat) | Sebelum 5:00 pagi | Hari perniagaan yang sama | Sebelum 11.00 pagi |
| 5:01 pagi hingga 8:00 pagi | Sebelum 2:00 ptg | ||
| 8:01 pagi hingga 11:00 pagi | Sebelum 5:00 ptg | ||
| 11:01 pagi hingga 2:00 ptg | Sebelum 8:20 mlm | ||
| 2:01 ptg hingga 5:00 ptg | Sebelum 11:00 mlm | ||
| Selepas 5:00 ptg | Hari perniagaan berikutnya | Sebelum 11:00 pagi | |
| Bukan Hari Perniagaan (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | Hari perniagaan berikutnya | Sebelum 11:00 pagi | |
*Dalam keadaan biasa
Kadar pertukaran yang digunakan adalah berdasarkan kadar jualan harian semasa.
Masa pemprosesan biasanya ialah 2 hari bekerja, tertakluk pada lengkapnya maklumat benefisiari dan kecekapan bank penerima.
Fungsi ini membolehkan anda memindahkan amaun yang tetap berdasarkan tarikh yang tetap, pada kekerapan yang tetap bagi bilangan yang tetap.
Misalnya pindahan dana sebanyak RM 1,000.00 bermula 20/04/2017 yang berulang setiap bulan untuk 24 kali. Anda boleh membuat pindahan berulang sehingga 99 kali.
Ya, anda boleh membuat sehingga 20 pindahan dana dalam urus niaga tunggal. Untuk lebih mudah, anda boleh menyimpan sehingga 20 akaun benefisiari dalam templat pindahan dana.
Templat membolehkan sehingga 20 akaun benefisiari disimpan dalam satu templat untuk pindahan dana pada masa hadapan kepada akaun benefisiari yang sama, melalui kaedah pindahan masing-masing. Setelah disimpan, apabila templat yang disimpan itu dipilih, hanya bahagian amaun pindahan dana dan rujukan penerima sahaja boleh disunting.
Amaun ini tertakluk pada had maksimum yang dibenarkan bagi pengguna dan/atau kumpulan tersebut seperti yang dimandatkan oleh syarikat anda.
Pembuat dibenarkan untuk menarik balik urus niaga yang dihantar selagi ia belum diluluskan oleh mana-mana Pemberi Kebenaran. Sekiranya urus niaga itu telah diluluskan oleh sekurang-kurangnya seorang Pemberi Kebenaran, pelulus seterusnya mesti menolak atau membuat semakan semula terhadap urus niaga tersebut.
“Kepada Akaun Sendiri” bermaksud memindahkan dana kepada akaun anda yang dipautkan kepada profil PB enterprise anda. “Kepada Akaun PB” merujuk akaun Public Bank lain yang tidak dipautkan kepada Profil PB enterprise anda.
“Kepada Akaun Bank Lain” merujuk pindahan dana yang dibuat kepada akaun benefisiari di bank lain.
Rujuk senarai ke bawah pada skrin Pindahan Dana PB enterprise.
FTT merupakan satu bentuk kiriman atau pindahan dana kepada ejen/jurubank di luar negeri untuk membuat bayaran kepada penerima bayaran bagi pihak pemohon melalui SWIFT.
Ya, anda boleh memilih mod arahan "Bertarikh Hadapan" untuk membuat pindahan pada tarikh yang dipilih. Penjadualan lebih awal boleh didapati sehingga 14 hari kalendar dari tarikh permulaan urus niaga.
DuitNow Transfer ialah perkhidmatan pindahan dana yang mana anda boleh memindahkan dana dengan segera kepada mana-mana DuitNow ID berdaftar.
Ya, untuk menerima wang melalui DuitNow Transfer, anda mesti mendaftar Nombor Pendaftaran Perniagaan anda sebagai DuitNow ID anda. Pendaftaran tidak diperlukan sekiranya anda hanya mahu memindahkan dana.
Perkhidmatan itu boleh didapati melalui PB enterprise. Log masuk dalam PB enterprise menggunakan maklumat anda, pilih 'DuitNow' dan kemudian pilih 'DuitNow Transfer'.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Klik sini untuk melihat had urus niaga.
DuitNow Transfer adalah percuma.
Anda boleh menghubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami melalui 03-2170 8000 atau customersupport@publicbank.com.my untuk bantuan.
DuitNow ID ialah pengenalan yang boleh didaftarkan dan dipautkan kepada akaun bank penerima anda. ID yang berikut boleh didaftarkan untuk DuitNow Transfer:
Untuk pelanggan korporat, anda hanya boleh mendaftar Nombor Pendaftaran Perniagaan anda sebagai DuitNow ID anda. Hanya satu akaun bank dibenarkan untuk didaftarkan kepada DuitNow ID anda.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Anda hanya boleh mendaftar akaun Simpanan dan Semasa anda sebagai akaun penerima.
Tidak, hanya satu akaun bank boleh dipautkan kepada setiap DuitNow ID berdaftar.
Anda boleh mengakses fungsi yang berikut di bawah “Urus DuitNow ID”:
Anda boleh mendayakan (Buka) atau menyahdayakan (Tutup) buat sementara waktu DuitNow ID anda daripada menerima dana.
Nota: Menyahdayakan DuitNow ID anda akan menjadikan status DuitNow ID anda tidak aktif. Untuk mengaktifkan semula status anda, ikuti langkah yang sama dan pilih ‘Status’ sebagai ‘Buka’.
Anda boleh menukar akaun bank penerima anda yang dipautkan kepada DuitNow ID anda. Anda juga boleh menukar akaun bank penerima DuitNow ID anda yang berdaftar dengan bank lain kepada Public Bank.
Anda boleh membatalkan pendaftaran DuitNow ID anda untuk berhenti menerima dana melalui perkhidmatan DuitNow Transfer. Anda perlu mendaftar semula sekiranya anda mahu menerima dana melalui perkhidmatan DuitNow Transfer.
Bayaran berkanun membolehkan majikan/pencarum membuat bayaran untuk caruman pekerja mereka kepada Badan Berkanun Kerajaan seperti KWSP, LHDN dan PERKESO melalui PB enterprise. Perkhidmatan ini boleh didapati di bawah Muat Naik Fail.
Opsyen Bayaran Berkanun boleh didapati dalam Muat Naik Fail di bawah menu Bayaran Berkanun.
Pengkreditan dana tertakluk pada tingkap pemprosesan yang dipilih (takat masa). Urus niaga Intrabank akan dikreditkan pada takat masa yang dipilih sementara urus niaga IBG dan RENTAS pula tertakluk pada Bank Benefisiari.
Bagi memastikan bayaran dikreditkan pada hari yang sama fail dimuat naik, anda dinasihatkan agar memuat naik dan meluluskan fail berdasarkan tingkap pemprosesan yang berikut. Pemasaan dipaparkan di sini.
Selepas fail dimuat naik, PB enterprise akan mengesahkan kandungan fail itu. Pembuat dikehendaki pergi ke “Status Senarai Gaji Pukal” atau “Status Bayaran Pukal” untuk mengesahkan kandungan fail tersebut dan kemudian Hantar kepada Pemberi Kebenaran.
Anda boleh membuat bayaran yang berikut kepada Badan Berkanun masing-masing:
Bayaran Pukal dan Senarai Gaji Pukal (dahulunya dikenali sebagai PB ECP) merupakan ciri yang membolehkan syarikat memuat naik fail untuk bayaran pukal kepada pembekal dan bayaran gaji melalui Intrabank (PBB), GIRO Antara Bank (IBG) dan RENTAS.
Untuk membatalkan fail, tekan “Kelulusan Urus niaga” dan “Status Kelulusan Urus niaga”. Cari urus niaga yang anda ingin batalkan dan tekan pada Nombor Rujukan. Anda boleh melihat butang “Batalkan Bayaran” selama 30 minit sebelum mencapai tingkap pemprosesan. Anda mesti meluluskan pembatalan bayaran 30 minit sebelum tingkap pemprosesan atau urus niaga itu tidak lagi boleh dibatalkan.
Public Bank merupakan bank pertama yang membenarkan anda untuk melaksanakan Terbitan Hak anda dalam talian dan melalui ATM. Setelah menerima Surat Perumpukan Sementara (PAL), anda boleh melanggan dan membuat bayaran untuk saham baharu anda melalui PB enterprise atau ATM Public Bank.
Langkah yang berikut boleh dibuat, berdasarkan peranan pengguna masing-masing:
Nota: Pelihat tidak mempunyai akses kepada fungsi Kelulusan Urus niaga.
Sekiranya mod arahan adalah:
Ya, anda boleh melihat urus niaga lampau yang dibuat dalam tempoh 90 hari yang lepas.
Ya, anda boleh menyimpan urus niaga yang tidak lengkap dan menyuntingnya kemudian. Namun, urus niaga yang telah dihantar tidak boleh disunting kecuali pelulus meminta urus niaga tersebut disemak semula.
Sila minta Pentadbir Korporat anda menggunakan fungsi Pautkan Semula Token. Jika ia tidak berhasil, sila hubungi Sokongan Pelanggan.
Pengguna boleh melihat urus niaga yang dibuat oleh semua pengguna dalam kumpulan yang sama sahaja. Misalnya, pengguna Kumpulan A hanya boleh melihat urus niaga yang dibuat oleh semua pengguna dalam Kumpulan A, akses untuk melihat urus niaga Kumpulan B tidak dibenarkan.
Urus niaga yang telah tamat tempoh mesti dikeluarkan daripada senarai “Menunggu Kelulusan” dan statusnya akan dikemas kini sebagai “Tamat Tempoh” dalam skrin Status Kelulusan Urus niaga. Tiada tindakan lanjut yang boleh dibuat terhadap urus niaga tersebut dan Pembuat dikehendaki menghasilkan semula urus niaga tersebut.
Pembuat boleh menarik balik urus niaga yang telah dihantar selagi ia belum diluluskan oleh mana-mana pelulus.
Pembuat boleh menyemak status urus niaga melalui Status Kelulusan Urus niaga.
SecureSign ia proses penandatanganan digital bagi mengesahkan dan meluluskan urus niaga kewangan yang dibuat melalui PB enterprise. Penentusahan urus niaga dibuat melalui tandatangan digital yang dibuat oleh pemberi kebenaran.
SecureSign menggunakan teknologi Penentusahan Dua Faktor dan penyelesaian penandatanganan digital untuk menentusahkan dan menjamin keselamatan urus niaga perbankan dalam talian. Token dijamin dengan PIN dan menggunakan piawaian penyulitan yang canggih.
Aktifkan PIN peribadi (6 digit) anda dengan segera selepas menerima token. Sentiasa rahsiakan PIN dan simpan token di tempat yang selamat. Jangan meninggalkan token tanpa jagaan atau berkongsinya dengan orang lain.
Elakkan PIN yang mudah diketahui seperti 123456, 444444 dsb. Tanpa token tersebut, urus niaga tidak boleh dibuat tanpa pengetahuan atau kebenaran anda.
Token anda akan disekat dengan ‘Kod Kunci’ dipaparkan. Sila kunjungi Cawangan Pemegang Akaun anda untuk menyahsekat token tersebut tanpa apa-apa kos tambahan. Kod untuk membuka kunci token akan dihantar kepada alamat e-mel anda yang didaftarkan. Pegawai Cawangan juga boleh memberitahu kod kunci anda. Anda dikehendaki mengisikan kod membuka kunci tersebut untuk membuka kunci token.
Tempoh bertenang ialah ciri keselamatan perbankan yang direka untuk mengurangkan risiko kemungkinan berlakunya aktiviti penipuan.
Selepas penentusahan atau pengaktifan Token SecureSign, pengguna akan diberi tempoh bertenang selama 12 jam. Anda boleh membuat atau meluluskan urus niaga melalui PB enterprise selepas tempoh bertenang.
Penandatanganan Digital merupakan proses yang mana urus niaga yang dibuat melalui PB enterprise diluluskan oleh pemberi kebenaran berdasarkan Kod SecureSign yang dihasilkan oleh Token SecureSign. Kod yang dihasilkan itu unik kepada token berkenaan yang dikeluarkan kepada pemberi kebenaran.
Ya, Token SecureSign berharga RM50-00 setiap satu.
Anda mempunyai enam percubaan untuk mengisikan PIN. Jika gagal, token akan disekat dengan ‘Kod Kunci’ dipaparkan.
Sila kunjungi Cawangan Pemegang Akaun anda untuk memohon token baharu. Caj standard sebanyak RM50-00 setiap token akan dikenakan.
Kod Penentusahan PB enterprise merupakan kod penentusahan yang dihasilkan oleh sistem dan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon mudah alih berdaftar anda. Setiap PAC adalah unik dan bertindak sebagai lapisan tambahan keselematan bagi melindungi akaun perbankan anda.
Nombor telefon mudah alih anda akan didaftarkan apabila anda mendaftar untuk PB enterprise berdasarkan maklumat yang diberi dalam borang permohonan.
PAC hanya boleh dihantar kepada nombor telefon mudah alih Malaysia dan Singapura sahaja.
Anda boleh mengesan SMS palsu dengan mengenal pasti tanda-tanda amaran yang berikut:
Anda akan menerima PAC melalui SMS apabila membuat yang berikut:
Anda boleh mengunjungi cawangan berhampiran jika anda perlu menukar nombor telefon mudah alih anda.
Public Bank hanya akan menghantar PAC SMS melalui short code (kod ringkas) yang berikut:

Sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan yang tidak dijangka, anda sebaliknya akan menerima SMS melalui short code khusus yang berikut:
Laporkan kepada Bank sekiranya anda menerima apa-apa PAC SMS melalui short code lain atau daripada nombor telefon mudah alih.
PB QR ialah perkhidmatan pemerolehan saudagar Public Bank yang membolehkan saudagar untuk menerima bayaran daripada pelanggan mereka dengan mengimbas kod DuitNow Quick Response (QR) atau kod biasa QR disokong yang lain.
Terdapat 3 pelan PB QR. Sila rujuk jadual di bawah:
| Pelan QR | Pelan Asas | Pelan Syarikat | Pelan Perusahaan |
| Prasyarat yang perlu |
|
|
|
| Had Outlet | 1 | 2 | Tiada Had |
| Had Juruwang | 2 | 5 | Tiada Had |
| Sumber Dana yang Diterima |
|
|
|
|
Fi PB QR |
RM0.00 untuk penerimaan e-Dompet serta Akaun Semasa dan Akaun Simpanan *Sah sehingga diberitahu kemudian |
*Sah sehingga diberitahu kemudian |
|
Isi borang minat pelanggan dalam talian di https://apply.pbenterprise.com/businessbanking untuk membuka akaun di cawangan yang berhampiran. Ambil maklum bahawa penggunaan Google Chrome amat disyorkan.
Langkah-langkah untuk mewujudkan outlet dan juruwang:
PB QR API ialah perkhidmatan tambahan dalam sistem PB QR yang membenarkan Saudagar untuk bergabung dengan sistem Point of Sales (“POS”) atau bayaran antara muka lain untuk berkomunikasi dengan Public Bank. Perkhidmatan itu akan membolehkan saudagar untuk mengeluarkan Kod DuitNow QR terus daripada POS atau antara muka pembayaran lain untuk pembayar mengimbas dan menyempurnakan bayaran.
Pentadbir saudagar log masuk dalam Portal Saudagar PB QR dan meneruskan untuk Manage > Payment Interface. Seterusnya, pilih Third Party Interface (TPI) daripada senarai menu drop-down. Kemudian, pilih Hak Akses untuk member kepada TPI dan membenarkan melalui PAC.
Sistem itu secara automatik akan menetapkan Kekunci Akses untuk Merchant Administrator untuk menekan pada portal TPI untuk menyempurnakan pengaktifan PB QR API kepada TPI tertentu.
PB QR terbuka untuk pelanggan Public Bank sahaja. Untuk bukan pelanggan Public Bank, sila kemukakan Borang Minat dalam talian untuk membuka akaun di cawangan yang berhampiran.
Isi butiran diri anda. Selepas berjaya mendaftar, anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel. Sila baca e-mel itu untuk arahan bagaimana untuk meneruskan dengan log masuk kali pertama.
PB QR boleh didapati 24 jam, 7 hari seminggu, kecuali pada waktu penyenggaraan berjadual.
Semula pelan QR layak untuk melanggan PB QR API.
Tidak, tiada fi dan caj berkaitan dengan PB QR API.
Tidak, PB QR tidak boleh diakses melalui peranti mudah alih rooted atau jailbroken.
Tidak, anda dikehendaki agar mengemas kini PB QR kepada versi terkini untuk menikmati prestasi lebih baik, ciri terbaharu dan keselamatan yang dipertingkatkan.
Setiap Cashier ID boleh dipaut kepada maksimum satu (1) peranti. Satu (1) Cashier ID boleh dilog pada satu peranti pada satu-satu masa.
Terdapat 3 pelan dalam PB QR. Sila rujuk jadual di bawah: -
| Pelan Asas | Pelan Syarikat | Pelan Perusahaan | |
| Had Penerimaan Bayaran Harian | RM5,000 | RM10,000 | Tiada Had |
| Sumber dana yang Diterima |
|
|
|
Ya. Anda boleh menerima bayaran QR daripada pelanggan bank di luar negeri yang terpilih. Pembayar akan memasukkan amaun pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR) untuk melihat amaun yang ditukarkan dalam mata wang mereka sendiri. Penyelesaian akan dibuat dalam akaun anda dalam MYR.
Sentiasa berwaspada dan semak urus niaga lepas menggunakan Aplikasi Mudah Alih Saudagar PB QR atau Portal Saudagar PB QR. Anda juga boleh membuat pertanyaan tentang status urus niaga menggunakan Nombor Rujukan DuitNow Pembayar QR (nombor 8 digit).
Untuk berbuat demikian, daripada akaun PB QR anda, pergi ke "Pertanyaan Urus niaga" dan tekan Nombor Rujukan QR DuitNow untuk carian. Urus niaga yang berjaya akan ditunjukkan dalam hasil pertanyaan urus niaga.
Sebagai amalan terbaik, anda dinasihatkan untuk tidak melepaskan apa-apa barang jika urus niaga yang dipertikaikan tidak tersenarai dalam urus niaga lepas atau hasil pertanyaan urus niaga. Hubungi Bank melalui 03-2170 8000 untuk penjelasan dan rekodkan nombor telefon pembayar untuk surat menyurat pada masa hadapan.
Jika terdapat pertikaian antara anda dengan pelanggan anda, disyorkan agar pertikaian itu selesaikan secara manual dengan memulangkan balik wang tunai kepada pelanggan tersebut.
Ya. PB QR saling bolehkendalian. Bank dan pengguna e-Dompet lain boleh membuat bayaran kepada syarikat anda dengan mengimbas kod PB yang sama.
Senarai bank yang mengambil bahagian dan e-dompet yang dikemas kini pada pautan rasmi DuitNow: https://www.duitnow.my/QR/index.html
Anda akan menerima paparan notifikasi dalam PB QR anda yang akan menunjukkan status bayaran selepas urus niaga berjaya dibuat. Urus niaga yang berjaya akan ditunjukkan pada halaman Urus niaga Lampau.
Pada masa ini, PB QR menyokong bayaran daripada DuitNow QR (standard QR yang saling bolehkendalian di Malaysia) dan bayaran daripada pelancong atau pembayar di luar negeri. Pada masa hadapan, ia akan dikembangkan untuk menyokong standard QR yang lain.
Tidak. Saudagar tidak dibenarkan untuk membuat "Pengeluaran Tunai” atau “Tunaikan Keluar” melalui PB QR kecuali bagi pembayaran balik sekiranya Saudagar gagal untuk menghantar barang dan/atau perkhidmatan.
Yang berikut adalah fi dan caj yang diterima pakai bagi perkhidmatan PB QR: -
| Pelan Asas | Pelan Syarikat | Pelan Perusahaan | |
| Fi PB QR | RM0.00 untuk e-Dompet dan penerimaan Akaun Semasa Akaun Simpanan *Sah sehingga diberitahu kemudian |
RM0.00 untuk e-Dompet dan penerimaan Akaun Semasa Akaun Simpanan *Sah sehingga diberitahu kemudian |
*Sah sehingga diberitahu kemudian |
| Penyelesaian |
Serta-merta |
Serta-merta |
Serta-merta |
Juruwang kini boleh memilih untuk melanjutkan masa nyalaan skrin dalam aplikasi mudah alih PB QR, yang membolehkan aplikasi itu untuk terus membiarkan sesi log masuk aktif sepanjang masa nyalaan skrin yang dipilih.
Pemasa akan ditetapkan semula apabila aplikasi ditutup kerana ia dianggap seperti log keluar.
Apabila menukar masa nyalaan skrin, perubahan akan berlaku semasa log masuk berikutnya.
Tetapan ini diterima pakai untuk Log Masuk Segera (melalui Biometrik) sahaja, log masuk menggunakan kata laluan kekal seperti biasa. Jika pengguna memilih untuk log masuk menggunakan kata laluan semasa sesi Log Masuk Segera, tidak aktif selama lebih daripada 5 minit akan menyebabkan sesi tamat.
Penukaran boleh dibuat melalui Aplikasi Mudah Alih PB QR atau Portal Saudagar PB QR.
Pulangan Balik ialah ciri pada PB QR yang membolehkan saudagar membatalkan bayaran DuitNow QR yang diterima pada hari yang sama yang mana dana akan dipulangkan balik sepenuhnya dalam akaun asal pembayar.
Ciri Pulangan Balik pada PB QR hanya boleh didapati oleh Saudagar Pelan PB QR Enterprise. Untuk mendaftar ciri ini, saudagar boleh menghubungi Pengurus Akaun atau Cawangan Pemegang Akaun mereka.
Saudagar hanya boleh membuat Pulangan Balik untuk bayaran DuitNow QR yang dibuat daripada bank tempatan menggunakan Akaun Semasa / Akaun Simpanan. Pulangan Balik bayaran yang diterima daripada pelancong yang membayar menggunakan bank di luar negeri tidak disediakan.
Tidak. Pulangan Balik mesti dibuat pada hari yang sama bayaran diterima.
Pulangan Balik pada PB QR mesti dimulakan oleh Pembuat (juruwang yang menerima bayaran) dan diluluskan oleh Pemberi Kebenaran (Pengurus Outlet atau Pentadbir). Sekiranya juruwang tiada, Pengurus Outlet boleh memulakan pulangan balik. Langkah-langkahnya adalah seperti yang berikut:
Pembuat (Juruwang atau Pengurus Outlet) Memulakan Pulangan Balik
Langkah 1: Pembuat Saudagar boleh pergi ke Transaction > History untuk memilih
urus niaga untuk Pulangan Balik dan klik pada butang “Refund”.
Langkah 2: Pembuat mengisi Catatan untuk Pulangan Balik dan klik pada
butang “Request PAC”.
Langkah 3: Pembuat memasukkan PAC dan klik pada “Submit” untuk
Memulakan Pulangan Balik.
Pemberi Kebenaran (Pengurus Outlet atau Pentadbir) Meluluskan Pulangan Balik
Langkah 1: Pemberi Kebenaran boleh pergi ke Transaction > Refund dan pilih
urus niaga untuk diluluskan (atau ditolak).
Langkah 2: Pemberi Kebenaran klik pada butang “Approve” dan klik pada
butang “Request PAC”.
Langkah 3: Pemberi Kebenaran memasukkan PAC dan klik “Submit” untuk
Meluluskan Pulangan Balik. Sekiranya Pemberi Kebenaran memutuskan
untuk menolak Pulangan Balik, PAC tidak diperlukan.
Langkah 4: Mesej akan dipaparkan pada skrin yang menyatakan status
permohonan Pulangan Balik.
Ciri Pulangan Balik pada PB QR hanya boleh didapati selepas pendaftaran dan pengaktifan oleh Bank. Untuk mengakses ciri Pulangan Balik, saudagar boleh mendaftar untuk ciri tersebut dengan menghubungi Pengurus Akaun atau Cawangan Pemegang Akaun mereka.
Pulangan Balik mesti dihantar dan diluluskan untuk setiap urus niaga. Pulangan Balik untuk berbilang urus niaga pada masa yang sama tidak disediakan tetapi saudagar boleh menghantar berbilang Pulangan Balik setiap hari.
Tidak. Saudagar hanya boleh membuat pulangan balik penuh bagi setiap urus niaga.
Tiada fi atau caj tambahan akan dikenakan kepada saudagar apabila momohon untuk pulangan balik. Namun, apa-apa fi yang dicaj pada awalnya untuk bayaran itu tidak akan dipulangkan semula kepada saudagar.
Ya. Selepas Pulangan Balik berjaya, dana akan dikreditkan dalam akaun pembayar dengan segera.
JomPAY merupakan skim bayaran bil Malaysia yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), di bawah naungan Bank Negara Malaysia dengan penyertaan bank-bank dan pengebil besar. Bayaran bil dan invois boleh dibuat melalui platform Perbankan Internet atau Mudah Alih yang ditawarkan oleh bank-bank GIRO Antara Bank* yang mengambil bahagian di Malaysia.
Perkhidmatan JomPAY untuk pelanggan yang berdaftar di bawah PB enterprise hanya boleh didapati melalui Perbankan Internet yang boleh diakses dalam modul Bayaran.
*Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JomPAY atau melihat senarai bank GIRO Antara Bank yang mengambil bahagian, layari www.jompay.com.my.
Cari logo JomPAY dan Kod Pengebil pada bil anda, log masuk dalam PB enterprise dan dengan memilih “Bayaran” dan kemudian “JomPAY”.
Tidak, semua bayaran JomPAY adalah percuma.
Pertama sekali, pastikan butiran bayaran anda seperti Kod Pengebil, Ruj-1 dan amaun urus niaga adalah betul. Hubungi Pengebil untuk pertanyaan atau siasatan lanjut.
Ya, anda boleh menyimpan pengebil berkenaan sebagai pilihan.
Setakat ini, bilangan Pengebil yang boleh didapati untuk anda membuat bayaran adalah jauh berbeza antara Bank. Anda mungkin tidak dapat membuat bayaran kepada Pengebil tertentu sekiranya Pengebil tersebut tiada dalam saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih Bank anda. JomPAY mewujudkan ekosistem bayaran bil yang mudah diakses dan merangkumi semua untuk pengguna, Bank dan pengebil supaya semua Pengebil JomPAY boleh didapati untuk semua pelanggan bank-bank yang mengambil bahagian di Malaysia.
Kod Pengebil merupakan cara unik untuk mengenal pasti Pengebil JomPAY.
Bayaran JomPAY diakui oleh perniagaan (atau Pengebil) dan Bank anda pada hari bayaran dibuat.
Sesetengah Pengebil mungkin menetapkan had pada amaun yang boleh dibayar.
JomPAY membolehkan anda untuk mengutip bayaran daripada pelanggan anda menggunakan sistem perbankan di Malaysia. Melalui JomPAY, bank-bank di Malaysia menjadi saluran pungutan bayaran untuk perniagaan anda. Anda hanya perlu mewujudkan hubungan dengan sebuah bank untuk mengutip bayaran melalui 40 buah bank di Malaysia. Pelanggan anda boleh membuat bayaran kepada anda melalui mana-mana daripada 40 buah bank itu.
Anda hanya perlu berurusan dengan satu bank (Bank Pengebil anda). Anda boleh menerima laporan yang disatukan daripada Bank Pengebil anda yang menyenaraikan kesemua bayaran urus niaga JomPAY yang perlu dibuat daripada kesemua 40 buah bank. Anda juga boleh menerima laporan secara elektronik bagi pengimportan mudah dalam sistem perakaunan anda.
JomPAY mengalu-alukan kesemua perniagaan yang berdaftar di Malaysia.
Di bawah keadaan biasa, bayaran yang dibuat oleh pelanggan anda sebelum 17:00 jam pada Hari Perniagaan Perbankan akan dikreditkan dalam akaun bank anda pada hari yang sama. Pengebil dan Bank mereka mungkin bersetuju dengan pengaturan yang lain.
Bank Pengebil kadang-kadang dipanggil Bank Memperoleh, Bank Saudagar atau Bank Pengebil Induk. Ia merupakan satu-satunya bank yang anda perlu berurusan untuk menerima bayaran JomPAY daripada bank-bank lain. Bank Pengebil menyediakan laporan yang disatukan tentang bayaran masuk yang akan dibuat kepada anda.
Secara amnya, Penngebil akan hanya mempunyai satu Kod Pengebil. Di bawah keadaan yang luar daripada kebiasaan, Pengebil boleh mempunyai lebih daripada 1 Kod Pengebil.
Ref-1 adalah nombor unik yang anda berikan kepada pelanggan anda (dan cetak pada bil mereka) untuk mengenal pasti pelanggan anda. Pelanggan anda akan menaip nombor Ref-1 dalam urus niaga mereka apabila mereka membuat bayaran kepada anda supaya anda boleh mengatribut bayaran yang diterima daripada pelanggan yang betul. Misalnya, anda boleh menggunakan nombor pelanggan, nombor invois atau nombor pelajar sebagai Ref-1.
Tidak seperti pengaturan sedia ada yang mana anda boleh mengutip bayaran daripada pelanggan sesuatu Bank, JomPAY membantu anda untuk mengutip bayaran bil daripada pelanggan 40 buah bank.
Menggunakan JomPAY sebagai kaedah pungutan menjimatkan masa dan wang anda, meningkatkan aliran tunai dan memudahkan penyesuaian bayaran masuk. Masa untuk mengejar bayaran dapat dikurangkan dan masa yang ada boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda.
Yang berikut adalah beberapa cara bagaimana JomPAY boleh membantu perniagaan anda:
Mempermudahkan penyesuaian.
Mengesan bil dengan usaha yang minimum dengan fail pembayaran harian yang direka bagi pengimportan mudah ke dalam sistem perakaunan anda.
Mempercepatkan aliran tunai.
Terima dana yang telah dijelaskan dalam akaun anda pada Hari Perniagaan Perbankan berikutnya - tiada lagi caj semula dan cek tendang.
Urus overhed anda.
Jimat masa dan wang untuk menyediakan bil dan mendapatkan bayaran untuk bil.
Nikmati sokongan pemasaran.
Tingkatkan pemasaran jenama anda dan promosikan manfaat bayaran elektronik yang cepat, dengan sokongan daripada pasukan pemasaran JomPAY.
Melalui JomPAY, pelanggan anda boleh membuat bayaran dengan cepat, mudah dan selamat kepada anda menggunakan perkhidmatan Internet dan Perbankan Mudah Alih 40 buah bank di Malaysia. Mereka mempunyai pilihan untuk membayar kepada anda menggunakan dana daripada akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit di bank masing-masing. JomPAY juga boleh didapati melalui ATM menjelang akhir bulan Disember 2016. Yang paling menarik, JomPAY adalah percuma untuk pelanggan anda!
Tiada fi penyertaan, pendaftaran atau pengendalian berulang sama sekali. Bagaimanapun, fi urus niaga yang nominal dikenakan bagi setiap bayaran yang diterima. Fi urus niaga itu akan dipersetujui antara anda dengan Bank Pengebil anda. Anda boleh meminta sebut harga daripada beberapa bank bagi tujuan untuk mendapatkan fi urus niaga yang kompetitif.
Perkhidmatan Pemberitahuan Bayaran masa nyata boleh didsediakan agar anda akan diberitahu dengan segera apabila pelanggan membuat bayaran kepada anda.
Kod Pengebil ialah nombor unik untuk mengenal pasti anda sebagi Pengebil JomPAY. Pelanggan anda hanya perlu memasukkan Kod Pengebil untuk membuat bayaran kepada anda. Anda tidak perlu mendedahkan bank atau nombor akaun anda kepada pelanggan untuk bayaran kepada anda menggunakan JomPAY.
Sebagai Pengebil JomPAY, anda boleh memilih untuk membenarkan pelanggan anda membuat bayaran kepada anda daripada akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit mereka.
Pengaturan anda pada masa ini tidak terjejas apabila anda menyertai JomPAY. Untuk JomPAY, anda hanya perlu berurusan dengan satu Bank Pengebil, namun anda boleh mempunyai lebih daripada satu Bank Pengebil jika perlu.
Ya, anda masih boleh berunding dengan Bank. Anda juga boleh mendapatkan sebut harga daripada mana-mana 40 buah Bank Pengebil berkenaan. Anda juga boleh mencari Bank Pengebil yang menawarkan fi urus niaga JomPAY yang menarik dan kompetitif.
Program Bantuan PKS Digital PB enterprise merupakan program kerjasama antara Public Bank dengan rakan digital PKSnya untuk menyediakan kepada pelanggan PKS dan korporat kami dengan keistimewaan dan ganjaran yang eksklusif bagi penyelesaian perniagaan digital.
Semua manfaat dan ganjaran yang ditawarkan di bawah Program Bantuan PKS Digital PB enterprise boleh didapati secara eksklusif oleh pelanggan PB enterprise yang mempunyai Akaun Semasa Perniagaan Public Bank.
Anda boleh tekan “Mohon Sekarang” dan hantar borang minat tersebut untuk penyedia penyelesaian yang anda mahukan dan rakan digital PKS kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.
Anda boleh mengunjungi Cawangan Public Bank yang berhampiran untuk membuka Akaun Semasa Perniagaan dan mendaftar untuk PB enterprise atau, anda boleh mendaftar melalui Permohonan Dalam Talian PB enterprise kami di sini. Wakil jualan dari cawangan pilihan yang anda pilih akan menghubungi anda.
Anda boleh memohon seberapa banyak tawaran yang anda mahu dan menikmati kesemua manfaat dan ganjaran.