Apa yang anda patut buat sekiranya anda menjadi mangsa penipuan
Sentiasa berwaspada dan jangan menjadi mangsa penipuan atau scam kewangan. Bagaimanapun, sekiranya anda mengesan apa-apa aktiviti yang luar daripada kebiasaaan atau mengesyaki akaun anda telah diterobos, anda perlu mengambil langkah yang berikut:
A. Maklumkan kepada Bank dengan serta-merta
Melaporkan kepada Bank dengan segera meningkatkan peluang untuk mendapatkan semula wang anda dan mengelakkan kerugian selanjutnya. Anda boleh membuat laporan dengan:
Melaporkan kepada Polis sekiranya terdapat kerugian kewangan dan memberikan Laporan Polis kepada Bank untuk rujukan.
B. Tukar Kata Laluan Anda
Log masuk ke PB enterprise dan tukar kata laluan anda dengan segera. Pastikan peranti yang digunakan adalah bersih. JANGAN tukar kata laluan pada peranti yang tercemar.
C. Aktifkan Kill Switch
Kill Switch membolehkan anda menyahdayakan ID Pengguna PBe, kad ATM/debit/kredit dan akaun deposit anda daripada satu titik capaian jika anda mengesan apa-apa aktiviti akaun yang luar daripada kebiasaan atau mengesyaki akaun anda telah terdedah kepada risiko.
Cara mengaktifkan Kill Switch
Ada 3 cara untuk anda mengaktifkan kill switch:
1. Laman Web PB enterprise
Kunjungi laman web PB enterprise dan melalui laman Bantuan dan Sokongan.

2. Laman Log Masuk PB enterprise

3. Aplikasi PB enterprise

D. Sentiasa Mengikuti Perkembangan
Setiasa ikuti perkembangan trend penipuan dan amalan terbaik terkini tentang perbankan dalam talian untuk melindungi diri anda daripada penipu. Layari Laman Mikro Keselamatan Dalam Talian untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara