loader

Dasar Keselamatan

Perbankan Internet

Perbankan Internet

Komitmen Kumpulan Public Bank terhadap kecemerlangan diperluaskan kepada semua segmen perniagaan kami, terutamanya sistem keselamatan kami. Menyimpan tunai anda dengan selamat adalah keutamaan kami.

Untuk mengakses perkhidmatan perbankan internet kami, anda dikehendaki mengisi ID Syarikat, ID Pengguna dan Kata Laluan peribadi anda. Bagi mengelakkan tekaan kata laluan, bilangan cubaan dihadkan. Selain itu, sesi tidak aktif diberi masa untuk mengelakkan penggunaan tidak dibenarkan.

Ambil maklum bahawa Public Bank tidak, dan tidak akan meminta maklumat sensitif/ rahsia daripada pelanggan kami dalam talian atau melalui e-mel, surat dan nombor telefon/ sms. Bank mempunyai maklumat peribadi dan nombor telefon mudah alih anda apabila akaun dibuka dengan kami.

Anda dinasihatkan agar berwaspada semasa membuat urus niaga perbankan anda dan memastikan komputer peribadi dan peranti mudah alih anda dilindungi dengan perisian anti-virus yang efektif.

Untuk lebih banyak panduan tentang cara untuk kekal selamat dalam talian, layari Laman Mikro Keselamatan Dalam Talian untuk maklumat lanjut.