Pemberian perkhidmatan dan produk kewangan berkualiti tinggi dan kepuasan penuh pelanggan merupakan tradisi yang sentiasa dipelihara oleh Kumpulan Public Bank. Kami amat gembira kerana dapat berkembang bersama-sama dengan pelanggan kami.
Justeru, kami amat komited untuk memberikan:
Perkhidmatan Yang Dipercayai dan Berkualiti
Ketelusan Produk dan Perkhidmatan
Privasi dan Keselamatan
Respons Segera kepada Pertanyaan dan Aduan
Komitmen kami kepada anda terserlah daripada falsafah kami untuk membina perkongsian yang membuahkan hasil. Kami mengiktiraf reputasi Public Bank untuk kecemerlangan selama 56 tahun yang dibina atas ikatan yang utuh dan rapat dengan pelanggan-pelanggan kami, Justeru, kami merancang untuk berkembang sebagai bank serantau bertaraf dunia dengan terus memberikan perkhidmatan kewangan profesional, menggunakan teknologi terkini, menerima pakai amalan terbaik global dan, terutama sekali, sentiasa dekat dengan semua pelanggan kami.
Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan | Piagam Perkhidmatan Pelanggan | Piagam Layanan Adil Kepada Pelanggan | Piagam e-Perbankan | Bank Negara Malaysia
Hak Cipta © 2026 Public Bank Berhad 196501000672 (6463-H). Hak Cipta Terpelihara