loader

Akaun Semasa

Akaun ACE Enterprise

Akaun semasa berfaedah yang direka khas untuk perusahaan perniagaan, perbadanan dan persatuan yang menawarkan kadar faedah menarik.

Akaun ACE Enterprise menawarkan kepada anda:

Kemudahan untuk membuka akaun untuk bukan individu misalnya keempunyaan tunggal, perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab, pertubuhan dsb. dengan deposit permulaan minimum sebanyak RM10,000.

Kadar faedah menarik.

Faedah dikira setiap hari dan dikreditkan setiap bulan.

Penyata bulanan disatukan.

Akses mudah kepada akaun anda melalui mana-mana cawangan Public Bank atau PB enterprise.

Kad ATM opsyenal untuk empunya tunggal.

Akaun ACE Enterprise dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.