loader

Akaun Semasa

Akaun Semasa PLUS

Akaun semasa deposit dengan akses kepada tambahan dana boleh didapati apabila anda memohon kemudahan Overdraf.

Akaun Semasa PLUS menawarkan kepada anda:

Kemudahan untuk membuka akaun bagi individu berumur 18 tahun dan ke atas (pemastautin dan bukan pemastautin) dan keempunyaan tunggal dengan deposit permulaan sebanyak RM3,000.

Kemudahan untuk membuka akaun bagi perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab atau pertubuhan dengan deposit permulaan sebanyak RM5,000.

Kemudahan Overdraf boleh didapati melalui permohonan.

Penyata bulanan yang disatukan.

Akses mudah kepada akaun anda melalui mana-mana cawangan Public Bank, ATM dan perkhidmatan Perbankan Dalam Talian / Mudah Alih Public Bank atau PB enterprise.

Akaun yang tidak menghasilkan faedah.

Akaun Semasa PLUS dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.