Deposit permulaan minimum yang rendah sebanyak RM20.
Kadar faedah menarik dikira setiap hari dan dikreditkan setiap bulan.
Baki minimum yang perlu dikekalkan dalam akaun ini pada satu-satu masa hanyalah sebanyak RM20.
Faedah bonus tambahan sebanyak 1% setahun atas kadar kaunter sedia ada dengan membuat minimum 3 bayaran bil melalui perkhidmatan Perbankan Dalam Talian / Mudah Alih Public Bank dalam tempoh sebulan.
Faedah bonus dibayar setiap bulan atas Baki Akaun Purata Bulanan (MAAB) sehingga maksimum MAAB sebanyak RM50,000 setiap akaun.
Akses mudah kepada akaun anda melalui mana-mana cawangan Public Bank, ATM atau perkhidmatan Perbankan Dalam Talian / Mudah Alih Public Bank.
Akaun Simpanan PB MySalary dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.