loader

Akaun Mata wang Asing

Akaun Semasa Mata wang Asing PB /
Akaun Semasa Pelbagai Mata wang Asing PB

Kami menawarkan dua (2) jenis akaun semasa mata wang asing seperti yang berikut:

  1. Akaun Semasa Mata wang Asing PB (PB FCY CA) membolehkan anda untuk memegang satu mata wang dalam satu akaun yang sesuai untuk pelanggan yang tidak berurus niaga dalam pelbagai mata wang.
  2. Akaun Semasa Pelbagai Mata wang Asing PB (PB MFCA) membolehkan anda memegang sehingga dua belas (12) mata wang asing dalam satu akaun.
Ciri-ciri PB FCY CA PB MFCA
Kelayakan
  • Terbuka kepada individu dan bukan individu.
Deposit Permulaan Minimum
  • Bersamaan dengan Dolar AS1,000.
Pencadang
  • Tiada pencadang diperlukan untuk membuka akaun.
Faedah Diperoleh
  • Baki akhir hari minimum diperlukan untuk memperoleh faedah.
  • Tiada baki akhir hari minimum diperlukan untuk memperoleh faedah.
  • Faedah dikira setiap hari dan dikreditkan pada akhir bulan.
  • Faedah akan dibayar dalam denominasi mata wang berkenaan.
Senarai mata wang yang ada
  • Dolar New Zealand, Pound Sterling, Euro, Dolar Australia, Dolar A.S., Yen Jepun, Dolar Hong Kong, Dolar Singapura, Swiss Franc, Renminbi Chinaˆ, Dolar Kanada, Baht Thai.

^ Peletakan Renminbi China oleh sesebuah syarikat hanya dibenarkan untuk tujuan berkaitan perdagangan.

Caj Urus niaga
  • Tertakluk pada caj urus niaga.
  • Tiada caj urus niaga.
Penyata
  • Untuk pelanggan individu, penyata akaun suku tahunan disediakan dalam salinan keras atau e-penyata bulanan yang boleh didapati melalui perkhidmatan perbankan dalam talian Public Bank (mana-mana yang berkenaan).
  • Untuk pelanggan bukan individu, penyata akaun bulanan disediakan dalam salinan keras atau e-penyata yang boleh didapati melalui perkhidmatan perbankan dalam talian Public Bank (mana-mana yang berkenaan).

PB FCY CA dan PB MFCA dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

PERINGATAN

TURUN NAIK DALAM KADAR PERTUKARAN MATA WANG ASING BERBANDING DENGAN RINGGIT MALAYSIA MENIMBULKAN RISIKO KADAR PERTUKARAN BAWAAN DALAM DEPOSIT MATA WANG ASING.