loader

Akaun Mata wang Asing

Akaun Deposit Tetap Mata wang Asing PBĀ /
Akaun Deposit Tetap Pelbagai Mata wang Asing PB

Kami menawarkan dua (2) jenis akaun deposit tetap mata wang asing seperti yang berikut:

  1. Akaun Deposit Tetap Mata wang Asing PB (PB FCY FD) membolehkan anda untuk memegang satu mata wang dalam satu akaun.
  2. Akaun Deposit Tetap Pelbagai Mata wang Asing PB (PB MFFD) membolehkan anda memegang sehingga dua belas (12) mata wang asing dalam satu akaun.
Ciri-ciri PB FCY FD PB MFFD
Kelayakan
  • Terbuka kepada individu dan bukan individu.
Amaun Peletakan Minimum setiap Resit
  • Bersamaan dengan RM10,000 bagi individu dan bukan individu.
  • Individu: Bersamaan dengan RM5,000.
  • Bukan Individu: Bersamaan dengan RM10,000.
Tempoh
  • 1 Bulan, 3 Bulan, 6 Bulan dan 12 Bulan.
Faedah Diperoleh
  • Faedah dikira berdasarkan bilangan hari sebenar.
  • Faedah akan dibayar daIam denominasi mata wang yang berkenaan apabila matang.
Senarai mata wang asing yang ada
  • Dolar New Zealand, Pound Sterling, Euro, Dolar Australia, Dolar A.S., Yen Jepun, Dolar Hong Kong, Dolar Singapura, Swiss Franc, Renminbi China, Dolar Kanada, Baht Thai.
Penyata
  • Penyata akaun suku tahunan disediakan dalam salinan keras atau e-penyata yang boleh didapati melalui perkhidmatan perbankan dalam talian Public Bank (mana-mana yang berkenaan).
Resit Deposit Tetap Mata wang Asing
  • Resit Deposit Tetap Mata wang Asing akan dikeluarkan.
  • Individu: Resit Deposit Tetap Mata wang Asing tidak disediakan. Makluman Pengesahan akan dikeluarkan.
  • Bukan individu: Resit Deposit Tetap Mata wang Asing akan dikeluarkan.

PB FCY FD dan PB MFFD dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

PERINGATAN

TURUN NAIK DALAM KADAR PERTUKARAN MATA WANG ASING BERBANDING DENGAN RINGGIT MALAYSIA MENIMBULKAN RISIKO KADAR PERTUKARAN BAWAAN DALAM DEPOSIT MATA WANG ASING.