Kami merupakan antara pemeroleh saudagar yang utama di Malaysia. Tunjang kekuatan kami terletak pada profesionalisme dan kecekapan kami dalam pemprosesan pembayaran menggunakan kad, pengurusan risiko dan teknologi keselamatan. Kami menawarkan perkhidmatan pembayaran saudagar yang meluas termasuk mesin terminal semua-dalam-satu dan perkhidmatan Keselamatan 3D e-perdagangan. Kami menyasarkan untuk memberi perkhidmatan dan sokongan teknikal yang berkualiti dalam semua operasi kami kepada semua saudagar kami di Malaysia merangkumi kategori saudagar yang meluas dan syarikat kecil hinggalah syarikat multinasional besar.
Sebagai saudagar, anda akan memudahkan pemegang kad untuk membeli-belah di kedai anda. Kemudahan ini akan meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan anda. Mesin terminal saudagar kami menerima kad kredit dan kad debit Visa, Mastercard, JCB dan UnionPay dan semua kad bank dalam negeri di bawah MyDebit.
Sokongan Lebih Baik
Kami telah mewujudkan infrastruktur sokongan yang komprehensif untuk saudagar kami dan kami mempunyai kumpulan Eksekutif Pemasaran Saudagar yang ditempatkan di seluruh negara dan sedia berkhidmat untuk anda.
Program Kesetiaan yang Inovatif
Perniagaan anda boleh mengambil bahagian dalam Pelan Ansuran Faedah Sifar (ZIIP) kami, memberikan pembeli lebih insentif untuk memilih kedai anda berbanding dengan pesaing lain. Anda juga boleh menghantar surat yang mengandungi maklumat produk dan tawaran kepada ahli kad kami atau mengambil bahagian dalam pelbagai katalog ganjaran dan beli-belah kami.
Kadar Diskaun yang Kompetitif
Kami menawarkan kadar diskaun saudagar yang amat kompetitif.
Selaras dengan Rangka Kerja Kad Pembayaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengenai pelarasan fi saling tukar (IF) urus niaga kad pembayaran dalam negeri, pelarasan IF itu yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 adalah seperti yang berikut :-
| Jenis Kad | Fi Saling Tukar | |
| Kredit Dalam Negeri* | 0.60% ~ | |
| Debit Skim Antarabangsa* | 0.27% atau 63 Sen + 0.001% (mana-mana yang lebih rendah) | |
| Debit Dalam Negeri | 0.10% atau 37 Sen + 0.001% (mana-mana yang lebih rendah) | |
| Prabayar Skim Antarabangsa* | 0.39% atau RM1.28 + 0.001% (mana-mana yang lebih rendah) | |
| UnionPay*# | Kredit | 0.60% |
| Debit | 0.27% atau 63 Sen + 0.001% (mana-mana yang lebih rendah) | |
* Tidak termasuk urus niaga Sektor Kerajaan dan Cukai
# Tidak termasuk urus niaga Amal
~ Atau maksimum RM0.75 untuk urus niaga petrol Mastercard (mana-mana yang lebih rendah)
Fi Saling Tukar juga boleh diakses melalui laman web yang berikut :-
| Pengendali Pembayaran | Alamat URL |
| Visa International | www.visa.com.my/run-your-business/small-business-tools/interchange.html |
| Mastercard Worldwide | www.mastercard.com.my/en-my/business/support/merchant-interchange-rates.html |
| MyDebit / E-Debit | www.paynet.my/business-mydebit.html |
| UnionPay International | www.unionpayintl.com/en/IRF/ |
Kadar Diskaun Saudagar (MDR) semasa yang dinikmati mengambil kira semakan semula terhadap fi saling tukar dalam negeri berdasarkan volum jualan semasa yang dikeluarkan dan kos berubah lain yang terlibat dalam proses berkenaan.
Perubahan seterusnya pada fi saling tukar dalam negeri akan ditunjukkan di laman web rangkaian pembayaran kad masing-masing.
Pelaksanaan PIN & PAY untuk semua kad kredit, debit dan prabayar dalam negeri pada 1 Januari 2017 membawa perubahan yang besar dalam prosedur penerimaan kad
Kad dalam negeri memerlukan pemegang kad untuk memasukkan nombor PIN mereka bagi menyempurnakan urus niaga.
Sebagai saudagar, memastikan urus niaga untuk memasukkan nombor PIN oleh pemegang kad disempurnakan dalam keadaan yang mesra ‘nombor PIN’ adalah penting.
Pastikan panjang wayar mencukupi bagi memudahkan pemegang kad mencapai mesin terminal POS untuk memasukkan nombor PIN mereka dengan betul dan mesin terminal POS diletakkan pada posisi yang membolehkan pemegang kad mendapat privasi semasa membuat urus niaga berasaskan nombor PIN.
Saudagar tidak boleh meletakkan syarat tentang amaun minimum yang diperlukan sebelum kad boleh digunakan. Saudagar hendaklah menerima pembayaran menggunakan semua jenis kad tanpa apa-apa fi tambahan apabila kad dikemukakan.
Menetapkan syarat had minimum dan mengenakan apa-apa fi tambahan bagi urus niaga kad adalah dilarang sama sekali dan ini juga melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh Jenama Kad.
“Meleret Dua Kali” adalah tindakan yang dibuat oleh saudagar dengan leretan kedua kad dibuat di mesin daftar tunai selepas penentusahan diperoleh menggunakan mesin terminal Pusat Jualan (POS) yang disediakan oleh Bank.
Semua saudagar dikehendaki mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh jenama kad pembayaran, bahawa tindakan “Meleret Dua Kali” tidak dibenarkan di mesin daftar tunai yang tidak menggunakan perisian patuh PCI-DSS (Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran).
Sekiranya maklumat lanjut mengenai perkara di atas diperlukan, sila hubungi Eksekutif Pemasaran Saudagar (MSE) yang mengendalikan akaun anda atau hubungi Talian Bantuan Saudagar kami melalui 03 2176 8080.
Mesin terminal saudagar kami menerima kad kredit dan kad debit Visa, Mastercard, JCB dan UnionPay serta semua kad bank dalam negeri di bawah MyDebit.
Sila isi maklumat yang berkaitan untuk pengeluaran e-Invois.