loader

Pembiayaan

Pembiayaan Perdagangan

Public Bank ialah rakan perniagaan yang ideal untuk membantu mengendalikan urus niaga perniagaan anda dengan cekap dan memenuhi keperluan pembiayaan anda. Rangkaian jurubank koresponden yang meluas dan kakitangan kami yang berpengalaman akan memastikan anda memperoleh manfaat daripada penerimaan oleh komuniti perniagaan antarabangsa di serata dunia. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan untuk memenuhi kesemua keperluan pembiayaan perdagangan anda.

Pembelian Dalam Negeri / Perkhidmatan Import

Surat Kredit dikeluarkan oleh bank kepada pembekal anda sebagai satu bentuk jaminan pembayaran. Pembekal boleh mengutip bayaran apabila kesemua syarat Surat Kredit dipenuhi, misalnya apabila barang telah dihantar dan dokumen diserahkan kepada bank.

Kelebihan menggunakan Surat Kredit:

  • Surat Kredit yang dikeluarkan oleh Public Bank diterima di serata dunia, memberikan anda kelebihan untuk berunding dengan lebih baik walaupun apabila berurusan dengan pembekal untuk kali pertama.
  • Memudahkan aliran tunai anda tanpa perlu membuat bayaran terlebih dahulu.
  • Caj yang minimum.
  • Dokumen yang diperlukan adalah minimum.

Suatu bentuk pembiayaan untuk pembelian anda, yang mana kami membayar pembekal anda sebanyak 100% daripada nilai barang agar anda boleh menerima barang tepat pada masanya dan menangguhkan bayaran untuk tempoh yang dipersetujui.

Kelebihan menggunakan Resit Amanah:

  • Fleksibiliti untuk membuat penyelesaian awal, sebahagiannya atau sepenuhnya.
  • Pembiayaan bagi tempoh yang ditentukan terlebih dahulu yang bersesuaian dengan keperluan anda.
  • 100% kadar pembiayaan yang kompetitif, tiada fi komitmen.

Bank menyediakan pembiayaan untuk pengimport dan pembeli tempatan agar anda boleh menerima barangan dengan lebih pantas bagi memenuhi permintaan pasaran.

Kelebihan menggunakan Penerimaan Jurubank:
(Ciri-ciri yang disemak semula bermula pada 28 Oktober 2024 seterusnya)

  • Anda boleh menggabungkan dokumen perdagangan yang berbilang untuk mencukupkan amaun pembiayaan minimum sebanyak RM20,000.
  • Tempoh pembiayaan minimum selama 14 hari.
  • Fleksibiliti untuk penyelesaian awal.
  • Caj yang rendah dikenakan. Anda masih dapat memperoleh pembiayaan untuk kegunaan lain walaupun anda telah membuat bayaran kepada pembekal anda.
  • Barang boleh dibeli tanpa perlu risau tentang kenaikan perbelanjaan modal.
  • Tempoh dan amaun pembiayaan disesuaikan bagi keperluan perniagaan anda.
  • Pembiayaan perkhidmatan yang selari dengan jenis perniagaan pelanggan boleh didapati dan tertakluk pada aktiviti yang berikut:
    1. Pembelian lesen perisian komputer
    2. Pembelian elektrik daripada pengeluar tenaga bebas
    3. Perkhidmatan logistik

Menyediakan pembiayaan dalam mata wang asing untuk perdagangan asing anda.

Kelebihan menggunakan Pinjaman Perdagangan Mata wang Asing:

  • Kadar pembiayaan yang kompetitif.
  • Boleh didapati dalam mata wang asing utama.
  • Kaedah pembiayaan yang fleksibel.

Membolehkan anda untuk menerima barang anda sebelum dokumen pengangkutan asal tiba.

Kelebihan menggunakan Jaminan Penghantaran:

  • Jimat atas caj bayaran lewat dan penggudangan.
  • Caj komisen yang rendah untuk Jaminan Penghantaran yang dikeluarkan di bawah Surat Kredit.

Apabila anda mengemukakan tender atau memerlukan jaminan bayaran kepada pembekal atau rakan perniagaan, anda boleh menggunakan Jaminan Jurubank sebagai alternatif yang baik kepada deposit tunai.

Kelebihan menggunakan Jaminan Jurubank:

  • Caj komisen yang rendah.
  • Anda tidak perlu menggunakan dana sendiri untuk meneroka peluang perniagaan lain.
  • Diterima secara meluas, memberi keyakinan kepada penerima terhadap kredibiliti kewangan syarikat anda.

Sama ada anda pengimport atau pengeksport, perkhidmatan nilai ditambah ini membolehkan anda menyalurkan kesemua dokumen perdagangan anda melalui bank. Kami boleh membantu memungut atau menukar dokumen perdagangan anda kepada pembiayaan.

Kelebihan Pungutan Berdokumen:

  • Manfaatkan rangkaian ejen koresponden dan cawangan kami yang meluas untuk memastikan dokumen perdagangan dihantar tepat pada masanya.
  • Kami boleh menyediakan akses pembiayaan sekiranya diperlukan.
  • Caj perkhidmatan yang rendah.
  • Kami menyediakan perkhidmatan penasihatan untuk memastikan dokumen anda mematuhi kontrak perdagangan anda.
  • Pengendalian semua dokumen perdagangan yang cekap dan profesional.

Perkhidmatan Jualan Dalam Negeri / Eksport

Bank akan membayar dengan serta-merta untuk invois anda dalam satu urus niaga perdagangan. Ini memberi anda tunai dalam tangan segera bagi keperluan perniagaan lain sementara bank mengutip bayaran daripada anda pada tarikh matang.

Kelebihan menggunakan Penerimaan Jurubank:
(Ciri-ciri yang disemak semula bermula pada 28 Oktober 2024 seterusnya)

  • Anda boleh menggabungkan dokumen perdagangan yang berbilang untuk mencukupkan amaun pembiayaan minimum sebanyak RM20,000.
  • Tempoh pembiayaan minimum selama 14 hari.
  • Fleksibiliti untuk penyelesaian awal.
  • Membolehkan anda untuk menjana perolehan lebih tinggi dengan memberi syarat kredit kepada pembeli anda. Caj yang rendah dikenakan.
  • Pembiayaan perkhidmatan yang selari dengan jenis perniagaan pelanggan boleh didapati dan tertakluk pada aktiviti yang berikut:
    1. Perkhidmatan logistik

Menyediakan pembiayaan dalam mata wang asing untuk perdagangan asing anda.

Kelebihan menggunakan Pinjaman Perdagangan Mata wang Asing:

  • Kadar pembiayaan yang kompetitif.
  • Jimat atas pertukaran asing kerana pembiayaan kekal dalam mata wang asing.
  • Boleh didapati dalam mata wang asing utama.
  • Kaedah pembiayaan yang fleksibel.

Apabila anda mengemukakan tender atau memerlukan jaminan pembayaran kepada pembekal atau rakan kongsi perniagaan, anda boleh menggunakan Jaminan Jurubank sebagai alternatif yang baik kepada deposit tunai.

Kelebihan menggunakan Jaminan Jurubank:

  • Caj komisen yang rendah.
  • Anda tidak perlu menggunakan dana sendiri untuk meneroka peluang perniagaan lain.
  • Diterima secara meluas, penerima akan lebih yakin terhadap kredibiliti kewangan syarikat anda.

Menyediakan kepada anda dana segera apabila dokumen eksport/jualan dikemukakan dengan atau tanpa Surat Kredit. Ini memberi anda tunai segera untuk dipegang bagi keperluan perniagaan lain sementara bank mengutip bayaran daripada pembeli anda pada tarikh kemudiannya.

Kelebihan menggunakan Bil Pertukaran Belian:

  • Caj komisen yang rendah.
  • Sehingga 100% pembiayaan berdasarkan amaun invois.
  • Tiada amaun pembiayaan minimum diperlukan.
  • Dana pendahuluan diberikan berdasarkan dokumen jualan atau eksport yang dikemukakan.
  • Pembiayaan untuk kedua-dua jualan di dalam negeri dan di luar negeri dengan atau tanpa Surat Kredit.

Membolehkan pembiayaan kos pengeluaran dan eksport untuk pengilang dan pedagang dalam negeri. Ini bertujuan menggalakkan perdagangan eksport Malaysia dan antarabangsa.

Kelebihan menggunakan Pembiayaan Semula Kredit Eksport:

  • Kadar faedah rendah.
  • Tempoh pembiayaan maksimum selama 120 hari (sebelum penghantaran) dan 183 hari (selepas penghantaran).
  • Nilai nominal minimum sebanyak RM10,000 atau sehingga 95% daripada pesanan eksport atau amaun yang ditentukan dalam Sijil Prestasi (sebelum penghantaran) dan 100% nilai bil eksport (selepas penghantaran).
  • Pembiayaan boleh didapati untuk urus niaga sebelum penghantaran dan selepas penghantaran.

Sama ada anda pengimport atau pengeksport, perkhidmatan nilai ditambah ini membolehkan anda menyalurkan kesemua dokumen perdagangan anda melalui bank. Kami boleh membantu memungut atau menukar dokumen perdagangan anda kepada pembiayaan.

Kelebihan menggunakan Pungutan Berdokumen:

  • Manfaatkan rangkaian ejen koresponden dan cawangan kami yang meluas untuk memastikan dokumen perdagangan dihantar tepat pada masanya.
  • Kami boleh menyediakan akses pembiayaan sekiranya diperlukan.
  • Caj perkhidmatan yang rendah.
  • Kami menyediakan perkhidmatan penasihatan untuk memastikan dokumen anda mematuhi kontrak perdagangan.
  • Pengendalian semua dokumen perdagangan yang cekap dan profesional.
Nota Penting

Takat Masa untuk Perkhidmatan Penyelesaian Perdagangan Rentas Sempadan

Takat masa untuk pemprosesan pada hari yang sama oleh Pusat Pembiayaan Perdagangan kami bagi urus niaga Penyelesaian Perdagangan Rentas Sempadan iaitu Surat Kredit Import dan Eksport, Bil Masuk dan Keluar untuk Pungutan adalah pada pukul 4:00 petang.