Business Loan Decreasing
Term Assurance 2.0 /
Business Loan Overdraft
Level Term Assurance
Business Loan Decreasing Term Assurance 2.0 /
Business Loan Overdraft Level Term Assurance
AIA Bhd. adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans ("TIPS") PIDM atau hubungi AIA Bhd. atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Lindungi Perniagaan Anda Yang Semakin Mengembang
Memiliki perniagaan adalah salah satu pencapaian terbesar anda dalam kehidupan. Dalam kebanyakan kes, pinjaman diperolehi untuk membiayai modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Oleh sebab itu, anda perlu melindungi apa yang anda telah mulakan agar perniagaan anda menjadi empayar yang berkekalan. Insurans Pinjaman Perniagaan kami membolehkan anda untuk berbuat demikian, membebaskan anda untuk mengembangkan perniagaan anda tahun demi tahun.
Bagaimana Insurans Pinjaman Perniagaan Boleh Membantu Anda?
Penyelesaian Pinjaman
Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya1, jumlah diinsuranskan anda akan digunakan untuk menyelesaikan pinjaman tertunggak anda.
Bebas Kerumitan
Apabila pinjaman perniagaan anda dilindungi sepenuhnya, ahli keluarga atau rakan kongsi perniagaan anda tidak perlu risau mengenai pinjaman yang tidak dibayar sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda.
Bila-bila masa, di mana-mana sahaja
Perlindungan anda adalah terjamin tidak kira di mana anda berada, 24 jam sehari.
Kebebasan Untuk Mengembang
Inovasikan keusahawanan anda dan kembangkan perniagaan anda dengan mengetahui bahawa apa sahaja usaha yang anda laburkan ke dalam perniagaan anda dilindungi.
Apakah Manfaat-manfaatnya?
| Pilihan Pelan | Jumlah Diinsuranskan | Kematian/Hilang Upaya1 | Kematian Akibat Kemalangan |
| Business Loan Decreasing Term Assurance 2.0 (BLDTA 2.0) | Oleh kerana pinjaman tertunggak berkurang setiap tahun, jumlah diinsuranskan juga berkurang | Pembayaran jumlah sekaligus mengikut Jadual Jumlah Diinsuranskan | Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh Kemalangan, penambahan sebanyak sepuluh (10) peratus daripada amaun insurans mengikut Jadual Jumlah Diinsuranskan atau RM150,000, yang mana lebih rendah, akan dibayar. |
| Business Loan Overdraft Level Term Assurance (BLOLTA) | Jumlah diinsuranskan tidak berubah, tanpa mengira pinjaman tertunggak | Pembayaran jumlah sekaligus mengikut Jadual Jumlah Diinsuranskan | Tidak berkenaan |
Apakah Pengecualian Utama Di Bawah Polisi Ini?
Nota:
1 Juga dikenali sebagai Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal untuk BLDTA 2.0 dan Hilang Upaya Menyeluruh Kekal untuk BLOLTA.
2 Untuk BLDTA 2.0, pengecualian untuk kecederaan yang dialami semasa terlibat dalam penerbangan tidak terpakai kepada ahli krew di syarikat penerbangan komersial juga.
Keterangan, manfaat, pengecualian, terma dan syarat yang dijelaskan di atas telah diringkaskan dan tidak lengkap. Untuk penjelasan terperinci mengenai terma, syarat dan pengecualiannya, boleh didapati dalam Sijil Insurans.
Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi kami sekarang di +603 - 2170 8000 atau kunjungi mana-mana cawangan kami untuk maklumat lanjut!